saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/12/2013

Dokumentari misteri Villa Nabila

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Kontroversi banglo misteri, Villa Nabila di Johor Bahru menarik minat pengarah muda, Syafiq Yusof untuk memulakan penggambaran karya terbarunya dalam genre seram dan ngeri.

Diterbitkan oleh Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Syafiq berkata, karya arahannya itu berkonsepkan filem dokumentari dan dibintangi oleh Pekin Ibrahim serta Tisha Mentor 6.

“Idea pembikinan filem ini datang daripada seorang penggiat filem bebas, Daniel Martin yang berjumpa dengan saya untuk menerbitkan sebuah kisah di sebalik misteri yang menyelubungi Villa Nabila.

“Setelah berbincang lanjut, saya bersetuju untuk bekerjasama dengannya dan memulakan penggambaran di Villa Nabila pada Sabtu lalu dan akan berakhir selewat-lewatnya minggu hadapan kerana semuanya bergantung kepada keadaan cuaca," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Syafiq yang juga anak kepada Datuk Yusof Haslam itu pernah mengarahkan filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan drama bersiri Evolusi KL Drift.

Pada 2011, ketika berusia 18 tahun, beliau bergelar pengarah termuda dalam industri filem tempatan apabila mengarahkan SAM dan pernah tercalon sebagai pengarah terbaik pada Anugerah Blockbuster 2013, Jun lalu.

Bagaimanapun, menurut Syafiq, beliau tidak pasti sama ada karyanya itu akan ditayangkan di panggung wayang atau kaca televisyen selepas ini.

Katanya, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum memilih medium yang sewajarnya kerana kedua-dua medium itu mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik minat audiens.

“Ini adalah filem dokumentari dan konsepnya berbeza berbanding kebanyakan filem yang berada di pasaran. Jadi, ada aspek yang perlu diteliti sebelum tayangannya kelak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.