saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/12/2013

SukaGuam terima banyak aduan Melayu didiskriminasi

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) menerima banyak aduan daripada golongan muda Melayu yang mendakwa mereka didiskriminasi oleh majikan bukan Melayu.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, aduan yang paling banyak diterima adalah berkaitan syarat untuk diterima bekerja iaitu mesti mahir berkomunikasi dalam bahasa Mandarin atau Kantonis.

"Walaupun jawatan itu diiklankan secara terbuka dan tidak memihak kepada mana-mana kaum, tetapi ternyata jelas bahawa syarat tersebut membuktikan syarikat itu tidak mahu mengambil pekerja Melayu sebenarnya.

"Jika situasi ini tidak dikawal kerajaan, dibimbangi syarikat swasta yang didominasi kaum Cina akan terus mengenepikan orang Melayu dalam pengambilan pekerja mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, SukaGuam turut menerima aduan daripada pekerja Melayu yang mendakwa dianaktirikan oleh majikan dan pengurusan tinggi syarikat swasta yang dimiliki bukan bumiputera.

Menurut beliau, ketidakadilan layanan yang diberi termasuk peluang kenaikan pangkat terhad, gaji rendah, peluang latihan terbatas dan pelbagai keistimewaan lain yang hanya dinikmati pekerja bukan Melayu.

"SukaGuam akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk sama-sama memperjuangkan isu ini demi masa depan anak muda Melayu," ujarnya.

Dalam hal itu, Khairul Anwar memberitahu, majikan yang secara terang-terangan mengamalkan diskriminasi kaum dalam pekerjaan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948.

"Sabit kesalahan, Seksyen 4 akta berkenaan menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan penjara tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan berikutnya," jelasnya sambil meminta mana-mana individu yang berasa tertindas supaya menghubungi SukaGuam melalui e-mel [email protected].

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.