saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/12/2013

Tiada projek 1MST di Gambang

KUANTAN 11 Dis. - Kerajaan negeri tidak akan membenarkan pelaksanaan projek 1Malaysia Spiritual Tourism City (1MST) yang diuar-uarkan bakal dibina di Gambang di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri juga telah membatalkan kelulusan tanah yang didakwa sebagai lokasi projek tersebut kepada sebuah syarikat pada 2 Oktober lalu.

Kata beliau, pembatalan itu dibuat kerana syarikat yang diberikan kelulusan iaitu Waras Mekar Sdn. Bhd. (Waras Mekar), tidak memulakan projek pembangunan bercampur melibatkan perumahan dan perniagaan seperti yang dipersetujui selepas dua tahun tanah berkenaan diluluskan.

"Syarikat berkenaan juga tidak menjelaskan bayaran premium tanah sebanyak RM20 juta seperti yang tertakluk di dalam syarat-syarat kelulusan.

"Desas-desus di media sosial yang mengaitkan kejadian banjir besar yang melanda negeri ini dengan kelulusan projek 1MST adalah tidak benar sama sekali.

"Walaupun perkara ini telah dijelaskan beberapa kali, masih ada sesetengah pihak cuba mengaitkannya dengan kejadian banjir," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, Waras Mekar sebenarnya telah mencari rakan kongsi bagi memulakan projek pembangunan bercampur di Gambang selepas mendapat kelulusan pada Mei 2011.

"Salah sebuah syarikat yang dirundingi Waras Mekar ialah Enchant Acres Sdn. Bhd. (Enchant Acres), dengan tujuan untuk pembangunan bercampur.

"Belumpun apa-apa persetujuan dicapai, Enchant Acres telah membuat iklan untuk mewujudkan 1MST dan menjual lot-lot dengan tujuan mewujudkan satu tanah perkuburan untuk orang-orang bukan Islam khususnya orang Cina," jelasnya.

Katanya, Enchant Acres juga telah mengutip wang daripada bakal pembeli lot-lot kubur dan wujud beberapa unsur penipuan.

"Pihak kerajaan negeri menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang bahawa beliau menerima aduan daripada ramai orang yang telah membuat pembayaran membeli lot-lot kubur.

"Ini jelas satu penipuan yang dilakukan oleh Enchant Acres dan pihak Waras Mekar telah pun membuat laporan polis," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.