saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/12/2013

Kerajaan digesa campur tangan

SEBAHAGIAN daripada 300 ahli MTUC dan NUBE mengadakan Piket MTUC di hadapan Kompleks D, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 12 Dis. - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan campur tangan dalam isu pemindahan kakitangan Bank Hong Leong Bhd. ke beberapa negeri yang dibuat tanpa persetujuan dan rundingan antara majikan dengan pekerja.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja memberi tekanan emosi dan perasaan kepada pekerja tersebut, malah kemungkinan besar semua 50 pekerja yang terlibat itu bakal diambil tindakan tegas termasuk dipecat jika tidak akur pada arahan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya membantah tindakan itu kerana memberi implikasi besar kepada nasib pekerja dan keluarga masing-masing berikutan rata-rata yang dipindahkan itu merupakan kakitangan bawahan dan tidak mampu menampung kos kehidupan di bandar.

"Kita mengecam tindakan kejam terhadap 50 pekerja Bank Hong Leong ini yang dihantar tanpa persetujuan ke Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dengan alasan untuk memusatkan operasi syarikat.

"Lebih kejam majikan mereka juga bertindak keterlaluan apabila tidak membenarkan pekerja kembali bekerja dan menandatangani kehadiran di tempat lama serta mengambil cuti tahunan," katanya kepada pemberita semasa mengetuai Piket MTUC di hadapan Kompleks D, di sini hari ini.

Piket yang bermula pukul 3 petang itu turut dihadiri kira-kira 300 pekerja yang mewakili MTUC dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).

Menurut Mohd. Khalid, lebih dikesalkan bank terbabit turut bertindak zalim apabila tidak membenarkan pekerjanya menggunakan tandas, surau dan tidak boleh menunaikan solat.

Katanya, laporan rasmi telah diserahkan kepada pihak Kementerian Sumber Manusia tetapi sehingga kini tiada maklum balas dan tindakan diambil bagi menjaga kebajikan pekerja tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan membatalkan penubuhan Kesatuan Pekerja Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu) dan meminta menteri berkenaan menggunakan Seksyen 71A Akta Kesatuan Sekerja 1959 untuk membatalkan penubuhannya.

"Kita juga minta pihak kementerian melihat semula isu kepimpinan kesatuan pekerja yang dibuang kerja kerana menjalankan tanggungjawab mengikut undang-undang, isu pelaksanaan gaji minimum tanpa diskriminasi serta tidak dicampur dengan elaun lain.

"Kerajaan juga digesa melaksanakan had umur persaraan swasta kepada 60 tahun tanpa sebarang pengecualian dan bertindak tegas menghentikan pengambilan pekerja oleh syarikat pembekal," katanya.

Sementara itu, Mohd. Khalid berkata, pihaknya mendesak kerajaan supaya mendengar keluhan pekerja yang tertindas itu atau berhadapan dengan piket yang lebih besar di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:20
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.