saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/12/2013

ATM terima aset tambahan hadapi banjir kedua

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat pertambahan aset iaitu lori Tatra tujuh tan berikutan keberkesanan pasukan itu membantu memindahkan 38,323 mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor awal bulan ini.

Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi persetujuan bagi ATM menambah aset berkenaan.

"Bagaimanapun, permohonan secara formal akan dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang merupakan penyelaras segala keperluan agensi kerajaan dalam bencana, sebelum lori itu diserahkan kepada ATM," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, selain Tatra, aset ATM iaitu helikopter EC725 Cougar turut mempamerkan perkhidmatan cemerlang memindahkan mangsa yang terperangkap semasa banjir.

Katanya, EC275 Cougar yang mampu terbang dalam cuaca buruk berbanding helikopter Nuri, turut digunakan bagi penerbangan ihsan mangsa banjir yang memerlukan rawatan di hospital.

Zulkifeli berkata, bantuan pertama EC725 Cougar diberikan kepada mangsa banjir di Kemaman, setelah pihaknya menerima panggilan meminta bantuan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk membantu mangsa banjir di kawasan Parlimennya.

Katanya, semasa kejadian banjir baru-baru ini, ATM membina dua jambatan taktikal jenis Compact Bailey 100 di Sungai Limbungan, Kemaman dan Kampung Kuala Kejir, Hulu Terengganu.

Ini merupakan jambatan sementara sebelum jambatan baharu dibina berikutan jambatan lama runtuh akibat banjir gelombang pertama, katanya.

Beliau berkata, ATM juga mengerahkan 395 pegawai dan 4,000 anggotanya dalam operasi Op Murni bersiap sedia membantu mangsa banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku bila-bila masa.

Antara aset ATM yang digembleng pada Op Murni empat helikopter EC725 dan sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia; dua helikopter Fennec Tentera Laut Diraja Malaysia; dua pesawat Augusta milik Pasukan Udara Tentera Darat; 50 bot tempur, 30 kenderaan tiga tan, tujuh lori Tatra yang bersiap siaga di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor.

Zulkifeli berkata, ATM dengan kerjasama Puncak Niaga Holdings Berhad juga menyediakan 15 sistem merawat air bersih untuk disalurkan kepada mangsa banjir jika ada kawasan yang terputus bekalan air bersih.

Malah, ATM juga bersedia menggunakan sistem komunikasi rangkaian radio bersepadu jika bekalan elektrik terputus bagi memudahkan komunikasi antara agensi kerajaan dalam menyalurkan maklumat mengenai keperluan bantuan untuk mangsa banjir.

"Sistem radio ini boleh beroperasi selama empat jam menggunakan bateri dan bateri itu boleh dicaj semula menggunakan genset (set generator)," katanya.

Sistem komunikasi itu akan ditempatkan di pejabat daerah yang terlibat dalam pengurusan banjir.

Zulkifeli berkata, pihaknya juga mengemas kini maklumat keadaan cuaca dengan Jabatan Kaji Cuaca setiap empat jam bagi menjangka gelombang kedua banjir melanda.

Beliau berkata, ATM sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kepada masyarakat ketika banjir sejajar dengan dasar ATM dalam bencana alam iaitu 'pertama di lokasi dan pertama memberi bantuan' tanpa memerlukan kebenaran pihak atasan.

"Apabila berada di lokasi, pasukan itu akan memaklumkan kepada pegawai atasan dan pegawai atasan akan memaklumkan kepada agensi kerajaan lain untuk tindakan lanjut. Apa yang penting adalah keselamatan dan nyawa mangsa banjir diutamakan," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.