saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/12/2013

Penduduk Kampung Tambisan gempar kehadiran ribuan ikan terdampar

Penduduk berpusu-pusu memunggah ribuan ikan yang terdampar di pesisir Kampung Tambisan, Lahad Datu, kelmarin.

LAHAD DATU 24 Dis. - Awal tahun ini negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tambisan di sini, namun kali ini penduduk digemparkan pula dengan kejadian aneh beribu-ribu ikan tamban yang terdampar di sepanjang pesisir pantai kampung berkenaan.

Kejadian tersebut disedari penduduk kira-kira pukul 8 pagi ini apabila terkejut melihat sepanjang pesisir pantai berkenaan tiba-tiba bertukar warna 'putih' ekoran kehadiran ikan spesies laut dalam itu.

Walau bagaimanapun, keadaan panik itu hanya sekejap sahaja apabila situasinya bertukar menjadi pesta dengan penduduk beramai-ramai mengambil kesempatan 'memunggah' ikan itu ke daratan.

Difahamkan ikan tamban amat popular dalam kalangan nelayan dan penduduk sekitar, malah merupakan antara ikan utama yang dijual di pasar pada harga antara RM3 dan RM5 sekilogram.

Penduduk, Suzila Abdullah, 49, mengakui, kejadian ikan terdampar di pesisir kampung berkenaan bukanlah sesuatu yang pelik kerana perkara sama pernah berlaku beberapa tahun lalu.

"Ramai menganggap kebanjiran ikan itu ada kaitan dengan gegaran di tengah laut, tetapi apa yang peliknya mengapa hanya ikan tamban sahaja terdampar, bukannya jenis ikan yang lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Umar, 40, mengakui terkejut dengan kejadian tersebut dan ramai yang mengatakan fenomena berkenaan sebagai petanda bakal berlakunya bencana seperti tsunami.

Dalam pada itu, Pengarah Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang amaran tsunami ekoran daripada kejadian beribu-ribu ikan terdampar di pantai Kampung Tambisan.

"Hanya kawasan Pantai Barat dan pedalaman sahaja dijangka berlaku hujan selama beberapa hari ini. Justeru, saya nasihatkan orang ramai terutamanya di Pantai Timur agar tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan kejadian di Kampung Tambisan sebagai satu ancaman tsunami," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zuhur 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.