saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/12/2013

76% lulusan politeknik berjaya dapat kerja

Shazrol Suhaimie (kanan) bertukar dokumen dengan Abdul Malek Hassan (kiri) sambil disaksikan Mokhlis Jaafar (dua dari kiri) dan Shaibuddin Man dalam majlis menandatangani MoU antara Politeknik Metro Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan dengan Indeworkshop, Quark Energy System dan Everise Crimson di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 27 Dis. - Sebanyak 76 peratus pelajar politeknik berjaya mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai jurusan setiap tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Datuk Mohlis Jaafar berkata, kejayaan itu membuktikan pelajar lepasan politeknik mampu bersaing untuk merebut pelbagai peluang pekerjaan di semua sektor di negara ini.

Beliau berkata, baki 24 peratus lagi pelajar pula mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini selain memilih untuk membuka perniagaan sendiri.

"JPP juga menyasarkan peningkatan kadar kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara mencecah 85 peratus menjelang 2015, sasaran tersebut diyakini mampu dicapai berdasarkan statistik semasa ketika ini.

"Sasaran itu juga selari dengan pelaksanaan program transformasi politeknik yang dijalankan sepanjang tempoh berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Politeknik Metro Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan dengan Indeworkshop Sdn. Bhd., Quark Energy System Sdn. Bhd. dan Everise Crimson Sdn. Bhd.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Indeworkshop, Shazrol Suhaimie; Pengarah Politeknik Metro Tasek Gelugor, Abdul Malek Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pengajian Politeknik, Shaibuddin Man.

MoU tersebut ditandatangani bagi menjalinkan kerjasama dengan pihak industri bagi membolehkan pelajar di politeknik meningkatkan keupayaan dengan kemahiran industri terkini dalam bidang masing-masing.

Menurut Mohlis, JPP juga menyasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang tahun 2020.

Katanya, pada masa ini, setiap tahun menerusi 32 politeknik yang ada di seluruh negara, sebanyak 35,000 graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang.

"Sehingga kini kira-kira 200,000 graduan teknikal berjaya dilahirkan menerusi politeknik yang menyumbangkan kira-kira 55 peratus daripada graduan teknikal yang berjaya dikeluarkan oleh institusi latihan teknikal di seluruh negara.

"Graduan teknikal lulusan politeknik memiliki daya kerja yang baik kerana dilengkapi dengan kemahiran yang menyeluruh ketika mengikuti kursus di institusi pengajian itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, melihat kepada kebolehpasaran graduan politeknik, institusi pengajian itu semakin mendapat pilihan di kalangan lepasan sekolah dan institusi latihan lain memandangkan saban tahun permohonan kemasukan yang diterima semakin meningkat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.