saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/12/2013

Kebakaran Universiti Al-Azhar angkara samseng

Akibat terhasut dengan propaganda pihak tertentu untuk menentang pemerintah, sebahagian daripada penuntut Universiti Al-Azhar yang menyokong pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi mengadakan demonstrasi di kampus universiti itu, semalam. Kumpulan samseng mengambil kesempatan dalam kekecohan yang berlaku kelmarin dengan membakar dua bangunan universiti tersebut. - REUTERS

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kebakaran di dua bangunan Universiti Al-Azhar semalam didakwa dicetuskan oleh satu kumpulan samseng yang mengganggu demonstrasi aman pelajar.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Perubatan Cawangan Al-Azhar (PCA), Nur Hanisah Naspu berkata, beliau tidak dapat memastikan sama ada kumpulan samseng itu prokerajaan atau menyebelahi penuntut.

"Kami bersyukur tidak ada perkara buruk yang berlaku dalam kalangan pelajar Malaysia dan pegawai pejabat kedutaan negara di Mesir sering memantau serta memastikan keselamatan kami terjaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, seorang maut, empat cedera dan dua buah bangunan Universiti Al-Azhar terbakar selepas pelajar institusi pengajian tinggi yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin itu didakwa bertempur dengan polis.

Nur Hanisah berkata, penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar berada dalam keadaan selamat dan terkawal selepas satu pertempuran tersebut.

"Penuntut Malaysia tidak terlibat dalam sebarang rusuhan mahu pun demonstrasi jalanan yang diadakan oleh mahasiswa universiti itu,'' katanya.

Tambah Nur Hanisah, terdapat kira-kira 1,000 pelajar Malaysia di fakulti perubatan universiti itu yang kebanyakannya tinggal di luar kawasan kampus dan sedang menghadapi peperiksaan pertengahan semester serta cuti belajar.

"Kami yang menetap di kawasan luar kampus sering bekerjasama menjaga antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

"Setakat ini, tiada masalah untuk kami mendapatkan bekalan makanan dan barangan harian, namun kami sentiasa mengambil langkah berwaspada dan mengelak daripada terlibat dalam sebarang rusuhan," katanya.

Sementara itu, Nur Hanisah berkata, pelajar perempuan Malaysia telah dinasihatkan supaya tidak memakai niqab wanita Arab kerana ditakuti akan disoal siasat dan dikasari oleh polis tempatan.

Ini kerana, jelasnya, terdapat kejadian pihak penguasa yang bertindak mencederakan pelajar perempuan dalam usaha untuk meleraikan rusuhan yang berlaku di sana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.