saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/01/2014

Shabery Cheek ziarah Jamal Kerdil yang sudah uzur

AHMAD Shabery Cheek (tengah) meluangkan menziarahi Abdul Jamal Muhamad di Kampung Selangor Dredging, Dengkil, semalam. - BERNAMA

DENGKIL 1 Jan. - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menziarahi bekas personaliti rancangan kanak-kanak Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jamal Muhamad, 75, yang kini uzur kerana menghidap sakit tulang belakang.

Ahmad Shabery tiba di rumah personaliti itu yang juga dikenali dengan gelaran 'Pak Cik Jamal' atau 'Jamal Kerdil' di Kampung Selangor Dredging di sini pada kira-kira 3 dan petang meluangkan masa kira-kira sejam untuk bertanya khabar dan keadaannya.

Turut berada di sisi Jamal ialah isterinya, Zainab Serat, 67, dan tiga anaknya.

Jamal yang mula bertugas di RTM pada 1960 dan bersara pada 1995 amat popular melalui rancangan 'Mini Parlimen' dengan memegang watak sebagai 'Speaker' yang bersiaran pada 1983 hingga 1995.

Ahmad Shabery berkata, sumbangan Jamal yang dianggap beliau sebagai lagenda dalam dunia penyiaran Malaysia amat bernilai kepada negara kerana rancangan 'Mini Parlimen' begitu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak pada ketika itu.

"Ini kerana sebahagian besar daripada program tersebut bukan sahaja ada tarikan pada lawaknya tetapi ia lebih berunsur kepada pendidikan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi personaliti itu.

Beliau juga berkata sambutan yang baik terhadap program seperti itu pada waktu tersebut bukan kerana RTM tiada saingan tetapi kerana ia mampu menghasilkan rancangan yang berkualiti.

"Ini juga seperti filem-filem P. Ramlee, bukan kerana tidak ada saingan tetapi mutunya sampai sekarang pun adalah lebih baik berbanding mereka yang kini membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk hasilkan sebuah filem," katanya.

Ditanya mengenai adakah perlu program 'Mini Parlimen' diadakan semula, Ahmad Shabery berkata, sesebuah program perlu mengikut perkembangan semasa dan untuk mewujudkan kembali program seperti itu RTM memerlukan individu seperti Jamal.

"Ini kerana kita perlu melatih berpuluh kanak-kanak untuk berani bercakap dan membina karisma mereka dan itu bukan sesuatu yang mudah," jelasnya.

Satu lagi program yang menjadikan Jamal sebagai ikon kepada kanak-kanak ialah 'Taman Kanak-kanak' yang bermula siaran pada 1961 dan beliau turut menerbitkan rancangan 'Pesta Pop' dan 'Pentas Aneka'. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.