saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/01/2014

Pendapatan industri pelancongan catat peningkatan

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion tahun lalu dalam menjana ekonomi Malaysia kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dari perspektif makro pula, industri pelancongan berjaya mencatatkan 12.5 peratus di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga menyaksikan sebanyak 2.1 juta peluang pekerjaan diberikan yang menyumbang kepada 16.4 peratus jumlah pekerjaan pada 2012.

"Dengan hasil impak terbaik pelancongan tadi, saya amat berharap ia menjadi motivasi dan seruan kepada kita semua untuk memberikan yang hebat kepada semua pelancong yang melawat negara kita semasa program Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY2014).

"Untuk mencapai keinginan ini, kita harus bertanyakan kepada diri kita adakah kita sudah bersedia untuk menjadi penganjur hebat dan mesra pelancong?

"Adakah kita sudah bersedia untuk memberikan produk-produk inovatif dan baharu yang memberikan kemudahan terbaik kepada pelancong?

"Adakah kita bersedia untuk memperbaiki dan memberikan perkhidmatan kualiti tinggi dan adakah kita bersedia untuk meningkatkan kolaborasi dalam wawasan untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia?

"Jawapan bagi semua pertanyaan tadi perlulah 'Ya'," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian VMY2014 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz.

Muhyiddin turut berkata, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan tradisi perlulah menghormati pelancong yang menjadikan Malaysia sebagai negara yang mereka lawati.

"Sebagai rakyat Malaysia, setiap dari kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pelancong asing diraikan dengan rasa hormat dan budi bahasa.

"Menjadi penganjur terbaik akan mencerminkan budaya dan tradisi kita," katanya.

Malah tambah Muhyiddin, kita mampu menjadi penganjur yang hebat hanya dengan mengutarakan 'Hello', 'Welcome to Malaysia' sehinggalah ke 'Can I help you with your luggage' dan memberikan maklumat tepat kepada mereka mengenai pelbagai tempat menarik yang ada di negara ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.