saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/01/2014

Grup Taktikal Khas diperluas ke seluruh negara

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pasukan elit Jabatan Imigresen yang dikenali sebagai Grup Taktikal Khas (GTK) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi mengurangkan kadar ancaman terhadap anggota ketika bertugas sekali gus memantapkan lagi operasi jabatan tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, keadaan itu bagaimanapun bergantung pada beberapa faktor termasuk bajet yang diperoleh jabatan.

"Kalau boleh, kami ingin terus memperluaskan pasukan ini sekarang juga namun keadaan itu bergantung pada bajet, kapasiti serta logistik yang diperoleh oleh jabatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai GTK yang diwujudkan bagi berhadapan operasi ekstrem dan operasi berbahaya terutama lokasi berisiko membabitkan kawasan perjudian, kongsi gelap dan pusat pelacuran.

Negeri Sembilan dipilih untuk menjadi perintis penubuhan pasukan elit itu kerana mempunyai kelengkapan dari segi peralatan, pakaian dan keupayaan melaksanakan operasi dalam waktu mendesak.

Alias berkata, ketika ini, pasukan GTK yang dianggotai oleh 20 individu itu akan dikerahkan ke seluruh negara bagi membantu mana-mana operasi sekiranya diperlukan.

Ujar beliau, kewujudan pasukan elit tersebut amat diperlukan memandangkan operasi yang dihadapi oleh pegawai dan anggota Imigresen kini sudah berbeza jika dibandingkan sebelum ini.

"Pendatang asing tanpa izin (PATI) kini sudah ada yang berani bertindak ganas dan kita tidak tahu mungkin mereka penjenayah yang lari dari negara asal mereka.

"Dalam pada itu, pelindung PATI seperti dalam kes pemerdagangan orang atau pelacuran juga merupakan sindiket yang mungkin akan bertindak ganas," katanya.

Alias turut menjelaskan, anggota GTK dipilih dalam kalangan penguat kuasa jabatan itu dan mereka perlu menjalani latihan selama tiga bulan sebelum diserapkan ke dalam pasukan elit tersebut.

"Latihan tersebut dikendalikan oleh bekas-bekas komando dan selepas tamat latihan tersebut anggota terbabit akan terus diberi latihan dari semasa ke semasa," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.