saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/01/2014

Taman Negara Kuala Koh terancam?

Penghulu Kampung Orang Asli Kuala Koh, Hamdan Keladi, kecewa menyaksikan aktiviti pembalakan yang bukan saja mengancam flora dan fauna di Taman Negara Kuala Koh tidak jauh dari situ, malah menjejaskan sumber makanan dan air penduduk apabila sungai dikatakan telah tercemar.

TAMAN Negara Kuala Koh melingkari kawasan 802.5 kilometer. Ia menyimpan kepelbagaian flora dan fauna yang tidak terusik evolusinya sejak 130 juta tahun lalu. Di situ juga penempatan utama masyarakat Orang Asli suku Batek sejak lebih 100 tahun lalu.

Ia juga destinasi pelancongan sangat popular kepada pencinta alam sekitar dari dalam dan luar negara. Mereka ke taman itu untuk menikmati suasana kedamaian dan merebut peluang menemui hidupan liar.

Enjin pencari Google menemukan 1.03 juta artikel di internet mengandungi perkataan Kuala Koh National Park manakala 163,000 artikel untuk perkataan Taman Negara Kuala Koh. Kira-kira 50,000 artikel pula secara khusus menceritakan mengenai taman tersebut.

Namun Taman Negara Kuala Koh dan perkampungan Orang Asli itu semakin terancam. Tinjauan mendapati terdapat pihak tertentu yang rakus mengaut keuntungan melalui aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah berhampiran kawasan tersebut.

Akibatnya, dua batang sungai yang menjadi nadi utamanya, Sungai Koh dan Sungai Lebir semakin tercemar. Lebih menyedihkan kegiatan itu menjejaskan kehidupan kaum pribumi di kawasan itu.

Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB dan JAZALY AMRY JAAFAR serta jurugambar IRWAN MAJID bersama-sama Timbalan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Ismail ke taman dan perkampungan tersebut baru-baru ini, bagi meninjau kerosakan dan impak yang berlaku. Ikuti Bahagian Pertama laporan khas mereka.

GUA MUSANG 11 Jan. - Taman Negara Kuala Koh sememangnya sinonim dengan keindahan flora dan fauna dan lokasinya jauh ke pedalaman sangat diminati pencinta alam selain mempunyai tarikan perkampungan masyarakat Orang Asli suku Batek yang jarang ditemui.

Namun nasib dan masa depan Taman Negara yang memiliki 286 spesies mamalia, 479 spesies burung, lebih 495 spesies ikan air tawar dan 512 spesies herpetofauna belum dapat dipastikan.

Jika tiada sebarang tindakan diambil, dikhuatiri semua khazanah alam, keindahan dan keunikan di taman negara itu akan pupus.

Ini ekoran kerakusan manusia yang mahu mengaut keuntungan daripada pembalakan dan penerokaan tanah secara berleluasa berhampiran kawasan 802.5 kilometer persegi berkenaan.

Wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia bersama Timbalan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Ismail meninjau sendiri keadaan di situ pada 30 Disember lalu selepas menerima maklumat daripada orang ramai serta laman Facebook Save Kuala Koh.

Penyiasatan itu bermula dengan menaiki kereta ke Taman Negara yang terletak 50 kilometer dari jalan utama Gua Musang-Kota Bharu. Jalan ke Taman Negara penuh berliku dan rosak. Ia digunakan oleh lori dan jentera berat membawa keluar balak serta kelapa sawit. Ketika itu, keadaannya agak mendamaikan. Belum kelihatan tanda-tanda pencemaran.

Mereka kemudian menaiki bot menyusuri Sungai Lebir, masih jernih namun terdapat kesan-kesan hakisan tebing dan pokok yang ditebang.

Pemandu bot, Zulkifli Mansor memaklumkan, air sungai akan bertukar menjadi keruh seperti ‘teh susu’ apabila hujan. Fenomena air keruh itu tidak berlaku sebelum ini. Ia dikesan sejak dua bulan lalu selepas kegiatan dan penerokaan tanah di situ.

“Saya bimbang penerokaan dan pembalakan di kawasan berhampiran Taman Negara akan menyebabkan semua spesies flora serta fauna akan lenyap," katanya sambil merenung tajam ke arah hutan tebal itu.

Selepas hampir 30 minit meninjau di Sungai Lebir, kami dibawa ke perkampungan Orang Asli yang hanya 500 meter dari satu lokasi longgokan balak.

Akibat aktiviti itu, kira-kira 70 keluarga suku Batek di situ dalam keadaan kesempitan. Sumber air mereka dari Sungai Balai tercemar dan menjadi keruh. Sumber makanan hasil cucuk tanam dimusnahkan pengusaha balak.

Malah kubur adat Orang Asli turut dijadikan lokasi meletakkan jentolak dan jentera berat.

Wajah setiap penduduk di kawasan itu jelas kelihatan resah, apabila menyaksikan semakin hari aktiviti pembalakan itu semakin hampir dengan penempatan dan mereka khuatir suatu hari nanti mereka juga akan turut ‘disodok’.

Sebelum pulang, selepas sehari berada di kawasan tersebut, hanya satu rumusan yang boleh dibuat, Taman Negara Kuala Koh sedang terancam dengan pembalakan dan pembangunan tanah di kawasan berhampiran dan sekelilingnya.

Untuk rekod, masalah pembalakan dan penerokaan tanah di negeri ini menjadi isu yang berpanjangan malah ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.