saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/01/2014

Mohd. Daud tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul

TOKOH dan penerima anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, Mohd. Daud Abu Bakar (duduk, dua kanan) bersama Hamza Taib (duduk, kanan); Abdul Kader Talip (duduk, dua kiri) dan Rusmiati Harun (duduk, kiri). Barisan belakang dari kanan; Mohd. Azimi Kassim, Faiza Thamby Chik, Zainal Abidin Abdul Kadir dan Ahmad Azam Abdul Rahman (yang mewakili arwah anaknya, Ahmad Ammar) - BERNAMA

PUTRAJAYA 14 Jan. - Pengerusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Dr. Mohd. Daud Abu Bakar dinobatkan sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014 sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.

Dengan penganugerahan tersebut, anak kelahiran Alor Setar itu menerima RM50,000, plak, sijil dan set tafsir fizilal al-Quran.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketika ditemui, Mohd. Daud berkata, anugerah itu merupakan satu pengiktirafan kepada graduan syariah seperti dirinya yang kini telah mendapat tempat sehingga ke peringkat global terutama dalam bidang kewangan Islam.

''Perjuangan saya untuk mengangkat kewangan Islam dalam kalangan masyarakat dunia dianggap berjaya apabila mendapat permintaan tinggi hingga ke peringkat global dan ini merupakan salah satu usaha dakwah kepada mereka," katanya.

Bagi penerima anugerah Maulidur Rasul pula, Datuk Hamza Talib memberitahu, pencerobohan Lahad Datu pada tahun lalu merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sejak bertugas sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Polis Sabah tersebut menyifatkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang terkorban dalam pencerobohan itu.

Selain itu, antara sembilan penerima lain anugerah Maulidur Rasul ialah pelajar Universiti Marmara, Turki, Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20, yang maut dalam kemalangan akibat dilanggar sebuah ambulans pada tahun lalu.

Yang menariknya tentang Ahmad Ammar, video yang memaparkan perjalanan kisah hidupnya di laman YouTube kini mencatat jumlah penonton sebanyak 1.6 juta, selain dikebumikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari di Pemakaman Eyub di Turki.

Menurut bapanya, Ahmad Azam Abdul Rahman, matlamat anak lelaki tunggalnya untuk menjadi pendakwah pada suatu hari nanti tercapai apabila kisah hidup Ahmad Ammar menjadi perhatian seluruh negara dan dunia.

Dalam pada itu, penerima wanita tunggal anugerah Maulidur Rasul, bekas Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datin Rusmiati Harun mengucapkan penghargaan kepada kerajaan atas anugerah itu kerana satu pengiktirafan terhadap kaum hawa.

Penerima anugerah lain termasuk penyampai radio Salam FM, Mohd. Azimi Kassim; bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Thamby Chik; bekas Imam Masjid Putra, Tan Sri Abdul Kader Talip; bekas Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir dan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Zakaria Stapa.

Masing-masing menerima RM20,000, plak, sijil dan hadiah iringan yang juga disampaikan oleh Seri Paduka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.