DALAM NEGERI
ARKIB : 15/01/2014
Wira Lahad Datu terima Anugerah Maulidur Rasul

SHAH ALAM 14 Jan. - Dua wira negara yang terkorban dalam serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah tahun lalu Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud diberikan penghormatan menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Negeri Selangor 2014 di sini hari ini.
Penyerahan anugerah itu disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan menyampaikannya kepada bapa Mohd. Azrul, Tukiran Ahmad, 66, dan balu kepada Sabaruddin, Nurul Nisa Abu Bakar, 42, sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Malawati di sini.
Kedua-dua wira negara itu masing-masing menerima RM10,000, sijil penghargaan, piala iringan serta sepersalinan pakaian yang mana ia turut disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Sementara itu, Nurul Nisa ketika ditemui pada majlis sambutan itu menyatakan rasa terharu kerana arwah suaminya itu diberikan penghormatan sebagai penerima anugerah berkenaan dan berharap ia boleh dijadikan sebagai pencetus semangat kepada tiga orang anaknya.
"Saya mahu mereka menjadi wira dalam apa jua bidang yang mereka ceburi," katanya.
Sementara itu, Tukiran ketika ditemui mahu semua golongan remaja menjadikan semangat dan pengorbanan wira negara yang terkorban sebagai contoh teladan dalam kehidupan selain menghindari sebarang perkara-perkara yang tidak memberi manfaat dalam kehidupan mereka.
"Saya berasa bangga dengan pergorbanan beliau yang berani untuk mempertahankan negara. Anak muda perlu mencontohi semangat waja untuk terus menjadi orang yang berguna," ujar beliau.
Pada masa sama, penuntut Universiti Marmara yang terkorban dalam kemalangan di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan, Datuk Dr. Yahya Baba masing-masing menerima Anugerah Saidina Ali dan Anugerah Umar Abdul Aziz.
Selain itu, Pensyarah Kanan Fakulti Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Salasiah Hanin Hamjah menerima Anugerah Saidatina Khadijah.
Ibu kepada Allahyarham Ahmad Ammar, Nur Azlina Abdul Aziz menerima anugerah tersebut yang berupa sijil penghargaan, piala iringan, sepersalinan pakaian serta RM5,000.
Sementara itu, Dr. Yahya dan Dr. Salasiah masing-masing menerima sijil penghargaan, piala iringan dan sepersalinan pakaian serta wang tunai RM15,000 dan RM10,000.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












