saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/01/2014

Tangani kos sara hidup

Muhyiddin Yassin bercakap dalam sidang akhbar mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani kenaikan kos sara hidup di Putrajaya, semalam. Yang turut hadir Hasan Malek (kiri) dan Ismail Sabri Yaakob.

PUTRAJAYA 15 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang bertujuan menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos hidup rakyat ketika ini.

Serentak itu beliau memberitahu, Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini mengarahkan semua menteri turun padang untuk melihat secara lebih dekat isu tersebut melalui portfolio masing-masing.

Beliau berkata, pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga telah diarah melipatgandakan lagi kerja-kerja penguatkuasaan bagi mengheret para peniaga yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Saya sendiri akan turun padang dengan mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan terpilih, bermula Sabtu ini untuk bertemu peniaga serta pengguna bagi memantau dan mencari punca kenaikan harga barangan di premis-premis seperti pasar borong dan kedai runcit.

"Kita mesti mengambil kira perhatian rakyat secara lebih dekat dan sebab itu, Kabinet hari ini mengarahkan semua menteri daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri turun padang (memantau isu tersebut)," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah dilantik sebagai sekretariat dan kementerian peneraju bagi jawatankuasa khas itu.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri dan beliau amat prihatin terhadap isu yang melanda rakyat pada masa ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, satu makmal khas yang bertujuan mengkaji langkah-langkah mengurangkan beban rakyat juga ditubuhkan dan tugasnya telah bermula hari ini.

Beliau berkata, makmal berkenaan akan membuat kajian secara terperinci selama dua minggu berhubung isu tersebut dan setiap input akan dibentangkan kepada pihak kerajaan.

"Selain dihadiri kementerian dan agensi berkenaan, makmal ini juga dihadiri oleh wakil-wakil persatuan pengguna, pihak industri, golongan akademik serta para pelajar dan mereka akan memberi input serta pandangan tentang isu ini.

"Melalui makmal ini, setiap perkara yang ditimbulkan oleh rakyat akan kita rakam dan dikaji secara halus apa yang sebenarnya menyebabkan kenaikan kos, sektor mana dan jika berlaku kenaikan, apakah asas-asasnya," katanya.

Kesemua perkara itu, kata Timbalan Perdana Menteri, perlu diperjelaskan supaya kerajaan boleh mengambil tindakan lebih tepat dalam usaha menangani masalah berkenaan.

Berhubung kerja-kerja penguatkuasaan beliau berkata, langkah itu perlu dipergiatkan melalui undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga semata-mata mahu mengaut keuntungan berlebihan.

Dalam sidang akhbar sama, beliau turut menjelaskan bahawa keperluan Malaysia mengadakan langkah konsolidasi fiskal adalah bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.