saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/01/2014

Wakil keluarga belum dapat melawat

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Wakil keluarga pasangan Malaysia yang ditahan atas dakwaan memukul anak kerana tidak bersolat mendakwa pihak berkuasa Sweden masih tidak membenarkan mereka menemui suami isteri berkenaan walaupun sudah memasuki hari ke-32 direman tanpa perbicaraan.

Sumber yang tidak mahu dikenali itu mendakwa sejak ditahan 18 Disember lepas, beliau dan anggota keluarga lain cuba melawat pasangan itu di penjara Sweden namun tidak dibenarkan.

"Dia (Shalwati Norshal) ditahan reman di penjara sementara menunggu siasatan, begitu juga dengan suaminya (Azizul Raheem Awalludin. (Pada mulanya) pendengaran reman ditetapkan pada 2 Januari lalu menerusi televisyen jadi kami tidak dapat menemui dia dan suami di penjara berasingan.

"Pendengaran reman ditangguhkan pula kepada 16 Januari, selepas itu ditangguhkan lagi selama dua minggu (akhir bulan ini)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Azizul Raheem dan Shalwati ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Sumber tersebut yang bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga mereka berharap pihak berkuasa Sweden dapat bertimbang rasa dan membenarkan mereka melawat pasangan terbabit secepat mungkin.

Sementara itu, seorang lagi anggota keluarga terdekat yang juga enggan dikenali berkata, untuk menemui empat anak pasangan itu, permohonan perlu dibuat terlebih dahulu menerusi peguam kanak-kanak terbabit di Sweden.

"Kami sudah pun membuat permohonan kepada pihak peguam di sana. Pihak berkuasa Sweden sudah lantik peguam untuk Encik Azizul (bapa) ada seorang peguam, Shalwati (ibu) ada seorang peguam, anak-anak (empat beradik) ada seorang peguam.

"Ini kerana di Sweden ada dua mahkamah, satu mahkamah jenayah, satu lagi mahkamah pentadbiran. Anak-anak ini di bawah mahkamah pentadbiran, kalau hendak berjumpa mesti mendapat kebenaran daripada pihak Khidmat Sosial Sweden dahulu," katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan pihak berkuasa Sweden telah memberi kebenaran kepada wakil anggota keluarga untuk berjumpa dengan empat beradik itu, bagaimanapun beliau difahamkan pertemuan itu hanya boleh dilakukan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Siasatan sekarang masih berjalan, jadi kami tidak dibenarkan untuk berjumpa lagi... Dia (Sweden) cakap selagi siasatan dijalankan kita tidak boleh berjumpa budak-budak itu, itu apa yang diarahkan oleh pihak berkuasa Sweden," katanya.

Mengulas rayuan empat beradik itu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia, beliau berkata, pihaknya masih belum menerima tarikh perbicaraan berhubung penjagaan kanak-kanak itu.

"Pihak berkuasa Sweden bukan boleh hantar macam itu sahaja, mereka perlu dibawa ke mahkamah, mahkamah pentadbiran yang akan buat keputusan, pada keluarga mana yang nak dihantar.

"Jadi kita masih belum dapat tarikh perbicaraan tentang penjagaan anak-anak ini di mahkamah lagi. Kita kena tunggu lagi sekarang ini," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.