saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/01/2014

Hanya 22 peratus akauntan bertauliah Melayu

Mohd. Shafie Apdal (kanan) mempengerusikan mesyuarat ahli Lembaga Pemegang Amanah Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 21 Jan. - Bilangan kaum Melayu yang bekerja sebagai akauntan bertauliah di negara ini adalah sekitar 22 peratus atau 5,000 orang berbanding jumlah keseluruhan iaitu 21,706 orang yang menceburi profesion tersebut.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ekoran jumlah yang kecil itu, berlaku ketidakseimbangan dari segi penyertaan orang Melayu dalam bidang tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak berganding bahu terutamanya para penaja pendidikan seperti Mara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan badan-badan lain bagi meningkatkan jumlah akauntan bertauliah Melayu sekitar lima peratus setahun.

"Kita sedang berusaha memastikan seramai mungkin anak-anak Melayu berkecimpung dalam bidang perakaunan dan ini merupakan salah satu usaha yang akan kita lakukan pada 2014 kerana kita sedar dan tahu jumlahnya tidak begitu besar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amanah Pembina di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd. Shafie berkata, antara tumpuan yang perlu diberikan ialah memperbanyakkan lagi jumlah pelajar Melayu mengambil kursus Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang akan membantu mereka terlibat dalam bidang perakaunan secara profesional.

"Selain mendapat ijazah pertama dalam bidang perakaunan, mereka juga perlu mengambil kursus ACCA.

"Kursus ACCA lebih diperlukan di pasaran dan kita yakin jika pelajar Melayu mampu berjaya, sudah pasti akan menjanjikan kejayaan yang jauh lebih baik pada masa hadapan," ujarnya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Majlis Amarah Rakyat (Mara) telah menjalin kerjasama dengan sebuah institusi akauntan tersohor di Australia bagi melahirkan graduan akauntan bertauliah yang ditaja oleh agensi itu.

"Menjelang 2020 kita menyasarkan bilangan akauntan bertauliah dalam kalangan Melayu sebanyak 26,800 orang berdasarkan unjuran penduduk ketika itu sebanyak 32.4 juta orang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.