saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/01/2014

Disangka ikan rupanya buaya tembaga yang terperangkap

Orang ramai melihat bangkai buaya yang berjaya ditangkap setelah terperangkap di dalam pukat nelayan di pangkalan Kampung Beris Tok Ku, Setiu, Terengganu, semalam. - Utusan/ Adnan Mohamad

SETIU 26 Jan. - Seorang nelayan dari Kampung Beris Tok Ku membayangkan dia bakal memperoleh ikan besar apabila pukat yang dipasang di Sungai Bari, di sini berolak ketika cuba mengangkatnya semalam.

Namun dia terkejut apabila mendapati seekor buaya tembaga sepanjang 4.8 meter yang dalam keadaan lemah terbelit di pukat berkenaan.

Buaya betina seberat 500 kilogram dan dipercayai berusia melebih 30 tahun difahamkan baharu menelan mangsanya, seekor babi hutan sebelum terperangkap.

Menurut seorang penduduk setempat, Hussin Mamat, 57, kejadian itu disedari oleh rakannya yang ke Sungai Bari kira-kira pukul 9 pagi untuk melihat pukat yang dipasangnya kelmarin.

Katanya, sebaik sahaja tiba di sungai itu dia amat terkejut kerana terdapat seekor haiwan besar yang besar di pukatnya.

''Apabila melihat buaya yang masih meronta-ronta, kawan saya itu ketakutan lalu mendapatkan pertolongan dua nelayan lain bagi menarik haiwan tersebut ke pangkalan Beris Tok Ku dengan menggunakan dua bot enjin sangkut," katanya di sini.

Dipercayai haiwan tersebut beberapa kali ditemui timbul di permukaan air oleh beberapa nelayan lain semasa mereka menangkap ikan di sepanjang sungai berkenaan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Buaya itu yang sukar ditemui bagaimanapun mati semasa dibawa ke darat dan bangkainya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Yusoff Shariff berkata, hasil bedah siasat mendapati haiwan itu dipercayai kekenyangan atau keletihan selepas makan seekor babi sebelum ia terkena pukat yang ditahan nelayan terbabit.

Menurutnya, akibat keletihan itu buaya itu menjadi lemah ketika bergelut untuk melepaskan diri.

''Bangkai haiwan itu ditanam manakala kepalanya diambil untuk kaji selidik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.