saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/01/2014

Panda China tiba di Malaysia April ini

SEORANG pekerja binaan meletakkan patung Giant Panda di hadapan Pusat Konservasi dan Pameran Giant Panda di Zoo Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Ketibaan sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan April ini bakal menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, beberapa langkah telah dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna.

Beliau berkata, timbalannya Datuk Dr. James Daows Mamit serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia pada April ini.

“Semua langkah telah diambil untuk membawa masuk panda ke sini dan haiwan itu akan diterbangkan oleh MASKargo tanpa sebarang bayaran," katanya kepada pemberita sebelum melawat Kompleks Giant Panda di Zoo Negara di sini hari ini.

Palanivel berkata kompleks itu yang mempunyai tapak berkeluasan 1.6 hektar siap dibina baru-baru ini dan bersedia menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.