saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/01/2014

Guru denda murid makan rumput elak ditemui pemberita

GURU Bahasa Inggeris yang didakwa mengenakan hukuman memakan rumput berlari untuk mengelak wajahnya dirakam jurugambar media di kawasan pejabat SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak semalam.

TANJUNG MALIM 27 Jan. - Seorang guru Bahasa Inggeris yang bertindak keterlaluan mendenda dua muridnya kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi dalam kejadian Khamis lalu cuba 'lari' daripada ditemui pemberita yang membuat liputan di sekolah itu hari ini.

Kehadiran pemberita sejak pukul 6.50 pagi di sekolah tersebut juga menyebabkan guru berusia 26 tahun itu kelihatan gelisah sehinggakan beberapa kali dilihat berlegar-legar di kawasan sekolah berkenaan bagi memantau kehadiran pemberita.

Usaha pemberita untuk menemu bual guru berkenaan juga gagal apabila tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tersebut.

Malah, guru yang tiba di sekolah pada pukul 12.35 tengah hari itu juga beberapa kali cuba mengelak daripada wajahnya dirakam jurugambar yang hanya dibenarkan berada di luar pagar sekolah tersebut.

Sehingga pukul 4.30 petang, guru yang memakai kemeja berwarna putih itu masih tidak keluar setelah melihat masih ramai pemberita yang menunggunya di luar pagar sekolah.

Dalam pada itu, difahamkan guru terbabit akan ditukarkan ke sebuah sekolah di Temoh dekat Tapah berkuat kuasa serta-merta ekoran kes berkenaan.

Sementara itu, difahamkan dua murid yang dilayan ibarat seekor lembu oleh guru berkenaan telah diminta menulis 'karangan' bagi menceritakan kejadian sebenar.

Difahamkan juga, kanak-kanak yang masing-masing berusia 10 tahun itu diminta berbuat demikian ketika dipanggil ke bilik guru sekolah berkenaan yang turut dihadiri empat pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira pukul 10.30 pagi.

Empat pegawai tersebut tiba di sekolah berkenaan kira-kira pukul 8.45 pagi bagi mengadakan pertemuan dengan pihak yang terlibat dan dilihat beredar dari sekolah pada pukul 3.45 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.