saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/01/2014

10 peserta KE7B Greenland 2014 berlepas ke New Zealand jalani latihan

Peserta Projek Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia Greenland 2014 bergambar sebelum bertolak ke New Zealand di KLIA, Sepang, semalam.

SEPANG 30 Jan. - Program latihan 10 peserta Projek Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) Greenland 2014 berlepas ke New Zealand hari ini untuk menjalani latihan fasa terakhir sebelum menggalas misi menakluk Greenland di Denmark pada April depan.

Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin berkata, di New Zealand para peserta akan menjalani latihan di Gunung Aspiring bagi membiasakan mereka dengan cuaca sejuk dan bersalji.

Kata beliau, sepanjang berada di negara berkenaan, para peserta juga akan dilatih oleh juru pandu berpengalaman bagi membolehkan mereka menguasai teknik latihan pola, penjelajahan dan pengurusan barangan menggunakan ski.

"Mereka kini hampir 80 peratus bersedia untuk menggalas cabaran.

"Cabaran di Greenland nanti amat berat, mereka harus merentasi perjalanan sejauh 550 kilometer (km) selama 35 hari dengan bebanan barangan seberat 75 kilogram dalam keadaan cuaca sejuk tidak menentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas ke New Zealand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Yang turut hadir Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Latihan yang akan diadakan selama lapan hari itu bertujuan memilih tujuh peserta akhir dan turut disertai tiga jurulatih berpengalaman.

Sementara itu ketua ekspedisi, Yanizam Mohamad Supiah, 29, berkata, dia dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan program tersebut berjaya.

Katanya, latihan di pergunungan sejuk itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sebagai persediaan menghadapi persekitaran sebenar Greenland nanti.

"Ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani latihan sebenar dalam keadaan sejuk dan ternyata kita perlu belajar untuk menyesuaikan diri.

"Kekuatan stamina merupakan aspek yang perlu diambil perhatian. Sebelum ini kami ada menjalani latihan berlari sejauh 10 hingga 15 kilometer," katanya yang berasal dari Felda Kratong, Pahang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.