saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/02/2014

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

Jenazah Bujang Ulis dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang di Kuching, Sarawak untuk dikebumikan, semalam.

KUCHING 3 Feb. - Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang @ Bujang Hadziri Ulis meninggal dunia di kediamannya di Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya di sini awal pagi ini.

Allahyarham berusia 66 tahun.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Maimunah Sebli, 58, dan sembilan anak perempuan termasuk dua yang sudah meninggal dunia.

Anak sulungnya, Siti Azimah, 36, berkata, arwah bapanya sempat menonton televisyen di dalam bilik sebelum rebah di pangkuan ibunya pada 12.30 tengah malam tadi.

"Kira-kira setengah jam kemudian ambulans tiba dan mengesahkan ayah sudah tiada.

"Kami sekeluarga terkejut kerana setahu saya, ayah tidak menghidap sebarang penyakit," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di sini hari ini.

Beliau berkata, jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Semariang, di sini.

Antara yang hadir melawat jenazah ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Abang Muhideen dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari.

Turut kelihatan ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Naroden Majais; Menteri Muda Pembangunan Belia dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Simunjan sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1980 hingga 1983 dan Timbalan Pelajaran pada 1984 hingga 1986.

Kedua-dua jawatan tersebut dipegang semasa dalam kabinet bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Bujang juga sempat memegang jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1983.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.