saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/02/2014

'Melaka lapan bulan bawah Idris Haron, style berbeza...'

PAGI esok Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan perasmian Melaka Gateway, sebuah pulau buatan manusia ala projek sama di Dubai dan Jepun, di Melaka.

Projek bertaraf nasional bernilai RM40 bilion memakan masa lima tahun siap itu bakal meledakkan ekonomi Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Di sebelah petang pula, Najib ke Serkam, menjenguk Projek Taman Rimbunan Kasih Melaka (TRKM) yang diilhamkan beliau sendiri. Di situ, sejumlah 97 asnaf akan menyambut ketibaan beliau untuk menghargai peluang yang diberi kepada mereka dalam membina sebuah kehidupan.

Di TRKM itu nanti, Perdana Menteri akan 'disapa' dengan kejayaan ternakan ikan tilapia dan tanaman tembikai air yang agak luar biasa tuaiannya.

Di sebalik perasmian dua projek utama itu, Melaka dalam lapan bulan Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron mentadbir, tidak ada satu kesan fizikal yang ketara.

Peralihan kepimpinan yang diambil alih Idris daripada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berlaku secara harmoni. Tidak nampak ada perbezaan perubahan struktur yang hebat termasuk sistem korporatnya.

Cuma yang tampak dilihat dari segi style - ada perubahan dari segi pembaharuan dan persembahan walaupun staf di bahagian pentadbiran Pejabat Ketua Menteri tetap dikekalkan.

Idris tidak ada terfikir hal itu meskipun ada pihak merasakan pasti akan ada kejutan apabila seorang CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) sebuah negeri ambil alih teraju.

Dari segi nilai yang dikongsi bersama, Idris masih seperti dulu, senang bekerja berpasukan dan sifat kerja berkualiti - dalam tagline 'Berkat, Tepat dan Cepat' (BTC).

"Di manakah keberkatan jika kita kita tidak mulakan itu sebelum mencapai tepat dan cepat. Apakah maknanya tepat dan cepat tapi tak berkat," kata Idris ketika ditemui penulis dua bulan lepas.

Dalam keadaan memacu visi BTC ini, ketua menteri itu menekankan tiga perkara. Iaitu mensejahterakan rakyat, memakmurkan ekonomi dan penyampaian perkhidmatan berintegriti.

Di bawah pentadbiran Idris, penulis dapati kaedah penyampaian perkhidmatannya berbeza. Di bawah perkhidmatan baharu ini, penjawat awam di Melaka terutama pegawainya tidak lagi dihubungi ketua menteri pada waktu luar pejabat.

Idris yang dihubungi penulis semalam ketika ditanya rentak pentadbirannya yang berbeza berbanding Mohd. Ali di Pejabat Ketua Menteri sekadar tergelak di corong telefon.

"Jangan marah bila saya 'mencelah', sudah tentu jika ini terjadi (gagal kekalkan prestasi tinggi), harga yang dibayar cukup tinggi.

"Jangan ingat CM (Chief Minister) tak telefon secara langsung, CM tidak perhati, saya hargai sistem kerja. Saya percaya terma dan rujukan jabatan itu akan alarmkan saya sama ada seseorang itu perform atau tidak.

"Kalau tak perform, ramai lagi yang lain berprestasi, kita beri laluan kepada mereka pula," katanya dalam perbualan singkat 10 minit.

Idris meletakkan effectiveness atau keberkesanan di atas berbanding populariti.

"Dari segi penyampaian perkhidmatan, saya turunkan kuasa hakupayakan rakan-rakan di barisan hadapan dengan slogan hi-fi. Iaitu helpful (suka membantu), instant (segera), friendly (mesra) dan informative (bermaklumat). Cuba bayangkan semua kakitangan kerajaan negeri ada ciri-ciri hi-fi di barisan hadapan," kata beliau.

Idris secara jujur mengakui kepada penulis ada tanggapan apabila 'Idris jadi CM', Melaka akan tiada 'musim bunga, hanya musim luruh'.

"(Cuma bagi menjawabnya) saya hargai senior saya (Mohd. Ali) dan akan kekalkan dengan tambah baik dari segi keserlahannya," kata beliau.

Kata Idris lagi, sehingga ke hari ini sejak menerima fail serah tugas daripada Mohd. Ali, beliau masih dapat berdoa dengan mengucapkan:

"Ya Allah, jadikan momentum hari yang bersejarah ini sebagai momentum untuk membangun semangat kebersamaan di antara kami.

"Sehingga dengan semangat kebersamaan tersebut kami dapat melanjutkan apa yang menjadi cita-cita dan harapan pendahulu kami dalam rangka mengisi serta membangun negara kami menjadi baldatun tayibatun warobbun ghafuur iaitu negeri kamu ini adalah negeri yang baik dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun".

Atas asas doa seorang pemimpin itu 70 kali lebih baik daripada doa seorang ulama, cuma dimakbulkan atau tidak hanya Allah sahaja mengetahui, Idris memberitahu, tidak kira dalam persekitaran apa dalam tugasannya sebagai ketua menteri termasuk melibatkan majlis bukan Islam, beliau akan menuturkan doanya itu.

Dalam asyik bercakap dan mengakhiri perbualan singkat menutup telefon bimbitnya, Idris terlupa sesuatu. Terlupa bahawa Melaka ketika ini satu-satunya dewan perundangan dalam dunia yang tidak ada ketua pembangkang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.