saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/02/2014

Siti Nurhaliza berjaya kumpul dana RM1 juta

Siti Nurhaliza dalam segmen Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where The Heart Is di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin. - Utusan/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Hasrat penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta bagi disumbangkan kepada Tabung Yayasan Nurjiwa menjadi kenyataan melalui persembahan konsert Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where The Heart Is yang berlangsung dua malam berturut-turut.

Menurut Siti, dia berterimakasih kepada setiap penonton yang sekali gus bertindak selaku penderma kepada yayasan yang ditubuhkan seusia dengan pernikahannya bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa itu.

"Ia adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan. Penonton bukan sahaja datang untuk berhibur, malah juga menderma bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui Yayasan Nurjiwa ini.

"Usaha Siti dan suami dan sasaran lebih RM1 juta untuk Yayasan Nurjiwa tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerjasama para peminat dam seterusnya bagi membantu mereka yang memerlukan" kata Siti selepas persembahan pada malam terakhir konsert berkenaan, semalam.

Penderma bukan sahaja terdiri daripada mereka yang membeli tiket, malah turut menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai puluhan ribu ringgit bagi menjayakan misi penyanyi ini.

"Ini yang lebih mengharukan Siti dan suami sebenarnya. Selain membeli tiket persembahan, ada yang juga memberi sumbangan peribadi berbentuk wang tunai yang tinggi nilainya.

"Sesungguhnya budi baik mereka, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya," beritahu Siti dalam nada terharu.

Konsert tersebut yang berlangsung selama dua hari mulai Jumaat lalu di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diadakan khusus untuk menyalurkan bantuan kepada Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan sejak lapan tahun lalu.

Bagi memastikan saluran dana kepada Yayasan Nurjiwa berterusan, Siti berkata, beliau juga sedang merangka pelbagai projek lain selepas ini.

Malah, beliau juga tidak menolak untuk muncul dalam persembahan pentas berkonsep muzikal bagi meneruskan kesinambungan kerjayanya.

Pada malam pertama konsert berkenaan, tetamu kenamaan terdiri daripada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Sementara pada malam terakhir, ia turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, selain ibu kepada Perdana Menteri, Tun Rahah Mohammad Noah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.