saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/02/2014

Malaysia-Indonesia perlu Stesen TV Nusantara

BENGKULU (Sumatera) 10 Feb. - Hubungan kerjasama antara media Malaysia dan Indonesia harus dipertingkatkan dalam bidang penyiaran melalui pengwujudan stesen TV Nusantara untuk saluran berita global dalam usaha menyebarkan maklumat lebih tepat kepada masyarakat dunia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Gagasan TV Nusantara itu yang menggunakan bahasa Melayu dalam penyampaian beritanya, kata beliau, adalah sesuai dengan trend semasa media di beberapa negara utama dunia untuk melaporkan berita dalam saluran TV global mengikut kaca mata masing-masing dengan menggunakan bahasa sendiri.

"Kalau dunia Arab ada Al-Jazeeranya, kalau dunia yang lain ada CNN, saya kira untuk dunia Nusantara ada TV Nusantaranya," katanya disambut tepukan gemuruh para pengamal media dari Indonesia dan Malaysia sewaktu beliau berucap pada majlis jamuan malam 'Keakraban Malaysia dan Indonesia'.

Jamuan malam itu diadakan sempena Hari Pers (media) Nasional (HPN) Indonesia 2014 di sini Ahad malam. Ahmad Shabery, yang pada siangnya menghadiri acara sambutan perhimpunan HPN 2014 di sini, sedang dalam rangka lawatan dua hari ke sini sejak Ahad.

Menteri itu berkata, beliau telah berbincang dengan rakan-rakan media di Malaysia dan mewakili pandangan mereka bahawa Jakarta menjadi peneraju stesen TV Nusantara itu dengan sokongan media dan kerajaan Malaysia.

Ahmad Shabery berkata negara lain di dunia turut berlumba mengetengahkan bahasa mereka melalui saluran berita seperti di Perancis, Itali dan Sepanyol, malah beberapa negara utama sudahpun menggunakan bahasa mereka sendiri dalam saluran berita global seperti di Jepun melalui stesen NHK, China melalui CCTV, Korea Selatan melalui Arirang, Jerman melalui Duetche Wella dan dunia Arab melalui stesen Al-Jazeera.

Menteri itu sebelumnya turut memberi contoh bagaimana melalui ikatan bahasa Inggeris dan budaya telah mengakrabkan hubungan London dan Washington seperti aur dengan tebing, sentiasa bersama dan akan saling menyokong dalam keputusan dan pendirian masing-masing, begitu juga ikatan bahasa Melayu harus mengakrabkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

"Hubungan Inggeris dan Amerika katanya 'right or wrong this is my brother', maka kita katanya Malaysia dan Indonesia, 'right or wrong this is my brother'," katanya disambut tepukan gemuruh para tetamu.

Ahmad Shabery berharap pertemuan susulan antara pihak yang berkaitan baik di peringkat kerajaan dengan kerajaan serta antara perniagaan dan perniagaan yang melibatkan pemodal media dari kedua-dua negara akan dibuat selepas ini bagi merealisasikan penubuhan TV Nusantara itu.

Pasaran untuk TV Nusantara, katanya, adalah besar dengan lebih 240 juta penduduk di Indonesia, hampir 30 juta penduduk Malaysia, dan beberapa juta lagi penduduk di Selatan Thailand, Brunei dan Singapura, adalah mewakili kira-kira separuh penduduk Asean, yang memahami bahasa Melayu.

"Kita mahu satu masa nanti bila kita bercakap tentang Komuniti ASEAN, yang bermula pada tahun depan, biar hegemoni (dominasi) berita Nusantara ini akan menjadi sebahagian daripada kekuatan dalam Komuniti Asean," katanya. -BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.