DALAM NEGERI
ARKIB : 21/02/2014
Pembenihan awan jika diisytihar kemarau
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) memaklumkan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan hanya boleh dilakukan sekiranya negara diisytiharkan mengalami bencana kemarau.
Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan JMM, Azhar Ishak berkata, bagaimanapun sebelum itu, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk melibatkan keadaan cuaca, status semasa luahan sungai, paras air empangan serta paras air bawah tanah di seluruh negara.
Katanya, kesemua aspek itu kini di bawah pemantauan JMM, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
"Ketika ini, kita belum terima apa-apa arahan lagi berkaitan pengisytiharan bencana itu selain operasi ini (pembenihan awan) hanya akan dilakukan sekiranya mendapat permintaan daripada pihak-pihak tertentu yang bersetuju untuk menanggung kos pelaksanaannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tentang keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara minggu ini yang dijangka berlarutan sehingga bulan Mac depan.
Cuaca kering itu turut menyebabkan hampir kesemua air empangan utama di seluruh negara semakin menyusut.
Dalam pada itu, Azhar turut memaklumkan tiada kaedah lain dapat dilakukan bagi mengatasi masalah cuaca kering yang melanda ketika ini, bagaimanapun menyifatkan keadaan tersebut adalah fenomena biasa.
Jelasnya, fenomena itu telah dikesan berlaku pada awal bulan Februari yang lalu dan dijangka berakhir menjelang pertengahan bulan depan selepas musim Monsun Timur Laut berakhir.
"Fenomena ini adalah perkara biasa kerana ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan hujan bagi tempoh yang panjang di kebanyakan kawasan terutamanya di Semenanjung Malaysia.
"Jumlah awan yang kurang di ruang angkasa kita pada siang hari juga menyebabkan sinaran matahari terus sampai ke bumi menjadikan suhu udara meningkat dengan cepat," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, berdasarkan pemerhatian JMM melalui stesen meteorologi di Melaka dan Negeri Sembilan, kedua-dua negeri itu mencatatkan rekod baru apabila tidak menerima hujan untuk tempoh 30 hingga 40 hari.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












