saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/02/2014

Rugi: Tindakan MAS guna kepakaran asing dipersoal

Wee Choo Keong

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Tindakan Malaysia Airlines (MAS) mengambil lapan pekerja asing untuk berkhidmat dalam syarikat penerbangan itu dipersoal dan didakwa menjadi antara punca MAS menanggung kerugian RM1.17 bilion tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang menegaskan kerugian itu berlaku apabila MAS perlu membayar gaji yang tinggi kepada kakitangan berkenaan di bahagian pengurusan tertinggi syarikat.

"Ini paling mengecewakan apabila mengetahui dengan lapan 'Hollywood dan Bollywood' dalam pasukan pengurusan tertinggi MAS adalah antara punca syarikat penerbangan itu menanggung kos berjuta ringgit.

"Untuk mengekalkan mereka, MAS hanya boleh meningkatkan faktor muatan dengan perbelanjaan hasil,'' jelasnya seperti dipetik dalam blognya, http://weechookeong.com hari ini.

Atas dasar itu, beliau turut menggesa Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) mengambil tindakan susulan terhadap pengurusan tertinggi MAS ekoran kerugian yang dilaporkan.

Menurut beliau, pada Ogos tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya menyatakan MAS dijangka kembali ke kedudukan untuk meraih keuntungan pada akhir 2014 seperti yang terkandung dalam Pelan Perniagaan 2011.

"(Tetapi) dengan kerugian tersebut, amat mustahil untuk MAS kembali pulih seperti yang dijangka menjelang akhir tahun ini,'' katanya.

MAS mencatat kerugian RM1.17 bilion tahun lalu walaupun terdapat peningkatan dalam pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak 36 peratus kepada RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember, berbanding RM187 juta pada tempoh sama tahun kewangan yang lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.