saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/02/2014

BR1M bukan rasuah - Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin menyerahkan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada seorang penerima dalam Majlis Pelancaran BR1M 3.0 kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, dekat Muar, Johor, semalam. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD

PAGOH 23 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah daripada kerajaan sebaliknya pemberian itu mampu memantapkan ekonomi dan mengukuhkan pendapatan rakyat menerusi langkah fiskal dan rasionalisasi subsidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BR1M merupakan bukti keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat dan sudah tiga kali bantuan itu diberikan secara terus kepada golongan sasar yang memerlukan serta berbeza dengan subsidi lain.

"Mereka (penerima BR1M) hargai (bantuan ini) dan tidak rasa ini tidak baik. Mereka ucap terima kasih dan hargainya (kerana) dapat kurangkan beban. Bantuan ini sudah ada impak. Saya tidak fikir mereka akan termakan dakwaan pembangkang.

"Pihak pembangkang bimbang dengan pemberian BR1M dan langkah ini dilihat dapat mengurangkan pengaruh mereka kerana usaha kita membantu rakyat," katanya mengulas dakwaan pembangkang yang berterusan menyatakan BR1M adalah satu bentuk rasuah kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, sekiranya BR1M tidak diteruskan, rakyat akan bertanya dan telah dimaklumkan bahawa pemberian itu akan diterus untuk membantu mereka seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto BN semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyelar dakwaan pembangkang bahawa BR1M merupakan satu bentuk pembaziran sedangkan bantuan itu merupakan hasil penjimatan subsidi sebelum disalur terus kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menurutnya, BR1M mampu diberikan kepada rakyat kerana kerajaan menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang sekali gus menafikan dakwaan pembangkang bahawa BN tidak pandai menguruskan kewangan negara.

"Dengan adanya kekuatan ekonomi, barulah kerajaan dapat membantu rakyat. Kita ada rekod urus ekonomi negara yang begitu cemerlang.

"Ekonomi negara tidak kucar-kacir, pendapatan negara meningkat dan hasil dalam negara juga bertambah," katanya sambil menegaskan BR1M akan diteruskan selagi kerajaan BN menerajui negara dan jumlahnya dinaikkan secara berperingkat-peringkat sehingga RM1,200.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.