saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/02/2014

SMK Sri Permata dominasi Debat Antarabangsa Limkokwing

PASUKAN SMK Sri Permata SS 3, Petaling Jaya bersama hadiah kemenangan selepas muncul juara dan tempat kedua dalam Debat Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

CYBERJAYA 23 Feb. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Permata, SS 3, Petaling Jaya dekat sini mendominasi kemenangan Debat Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing dengan muncul juara dan tempat kedua dalam pertandingan itu.

Kejayaan berkenaan membolehkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan biasiswa penuh tajaan universiti itu bagi tempat pertama dan RM3,000 lagi untuk tempat kedua.

Selain itu seorang pelajar sekolah tersebut, A. Siddhana, 13, dinobatkan sebagai pendebat terbaik keseluruhan sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.

Ketika ditemui pemberita, Siddhana berkata, kerja berpasukan dan mencari bahan di perpustakaan merupakan resipi kejayaan sehingga mereka berjaya merangkul kejohanan pertandingan berkenaan.

Menurutnya, dia dan anggota pasukan lain sangat teruja dengan kemenangan tersebut setelah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka layak ke peringkat akhir seterusnya memenangi pertandingan itu.

"Kami sangat teruja dengan kejayaan ini, terima kasih kepada guru, sekolah, ibu bapa yang menjadi inspirasi untuk kami menang pada pertandingan debat ini," katanya yang memberitahu hampir 20 kali memasuki pertandingan debat di dalam dan luar negara.

Katanya yang akan mewakili negara pada Kejohanan Debat Dunia di Thailand pada Oktober ini, hadiah kemenangan tersebut akan digunakan untuk kejohanan seterusnya dan sebahagian akan diberi kepada pihak sekolah.

Bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh SMK Methodist Boys School, Kuala Lumpur manakala SMK Damansara Jaya, Petaling Jaya di tempat keempat dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,500.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing.

Pertandingan debat itu yang pertama kali dianjurkan universiti berkenaan berlangsung selama empat hari sejak Khamis lalu dan melibatkan seramai 400 pelajar daripada 77 sekolah menengah seluruh negara yang menggunakan medium bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan itu, setiap pasukan diwakili dua pelajar dan mereka mendebatkan pelbagai tajuk selama dua jam dalam setiap pusingan mengikut format ala Parlimen British.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.