saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/03/2014

Jambatan Kedua PP dibuka

Najib Tun Razak melancarkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Batu Maung, Pulau Pinang, malam tadi. - MINGGUAN/AZMAN ASMAYATIM

PULAU PINANG 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, dekat sini.

Perdana Menteri tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira pukul 8.45 malam diiringi beberapa menteri Kabinet.

Antaranya, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim serta para pemimpin kerajaan negeri diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Yang hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Tan Sri Sulaiman Mahbob.

Dalam majlis penuh gilang-gemilang yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu, Perdana Menteri turut menyempurnakan simbolik perasmian jambatan tersebut dengan menyentuh skrin di atas pentas dan menandatangani plak khas pelancaran.

Serentak itu juga, percikan bunga api kira-kira 15 minit menerangi ruang udara di sekitar jambatan kedua itu yang dilancarkan dari rentas utama.

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya turut dibawa melawat jambatan kedua dengan menaiki bas sehingga ke bahagian rentas utama.

Dalam majlis itu, beliau turut mengumumkan nama Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, dalam ucapannya, Najib berkata, pembinaan jambatan kedua merupakan bukti Kerajaan Pusat tidak menjadikan perbezaan ideologi politik sebagai halangan dalam memastikan pembangunan negara dan kebajikan rakyat terus diperjuangkan.

Menurut beliau, meskipun ketika pembinaan jambatan itu pada 2008, negeri ini beralih tampuk pemerintahan, Kerajaan Pusat tetap meneruskan hasrat merealisasikan pembinaannya demi kesejahteraan rakyat.

"Kita ada cita-cita, visi dan impian agung untuk rakyat dan ada kalanya kita perlu melangkaui parti politik dalam membantu rakyat dan membawa rakyat bersama-sama dalam pembangunan negara dan bangsa," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut melihat pembinaan jambatan kedua itu sebagai simbolik amat bermakna dengan kerajaan China yang merupakan rakan kerjasama dalam projek tersebut.

Menurut beliau, hubungan diplomatik Malaysia dan China tahun ini memasuki tahun ke-40 dan pembukaan jambatan itu secara rasmi bakal mengukuhkan hubungan istimewa antara kedua-dua buah negara.

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara mula dibina pada 2008 membabitkan kos keseluruhan RM4.5 bilion.

Jambatan sepanjang 24 kilometer (km) dengan 17 kilometer merentasi Selat Selatan itu menghubungkan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dan Batu Maung di bahagian pulau.

Pembinaannya dijangka mampu mengurangkan kira-kira 25 peratus kesesakan di jambatan pertama Pulau Pinang dengan sasaran penggunaan 25,000 sehingga 30,0000 kenderaan sehari.

Serentak dengan pelancarannya, orang ramai boleh menggunakan jambatan kedua itu bermula pukul 12.01 tengah malam ini tanpa bayaran tol selama sebulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.