saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/03/2014

Kos haji RM9,980

JERAI 1 Mac - Kos menunaikan ibadat haji tahun ini dikekalkan sebanyak RM9,980 bagi seorang jemaah walaupun kos sebenar mengalami kenaikan daripada RM15,575 tahun lalu kepada RM16,115 tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kos tersebut dikekalkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji negara ini.

"Setiap tahun ada kos bertambah seperti hotel penginapan dan pengangkutan termasuk kos penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi.

"Selain itu, berlaku juga penambahan kos mutawif setiap tahun, namun kos untuk jemaah haji tahun ini masih kekal RM9,980," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, di sini hari ini.

Menurut Jamil Khir, walaupun kos untuk mengerjakan ibadat haji bagi jemaah negara ini antara yang termurah, perkhidmatan diberikan kepada jemaah kekal menjadi yang terbaik.

"Kita akan teruskan dengan memberi perkhidmatan terbaik dari segi pengurusan, penginapan dan pengangkutan kepada jemaah.

"Kuliah agama kepada jemaah juga akan diberikan secara berterusan dan kita juga ada talian khas untuk jemaah yang ada kemusykilan boleh terus menelefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak bertugas.

"Kita juga akan sentiasa melihat jika ada ruang yang boleh kita tambah baik serta apa-apa inovasi yang boleh kita lakukan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji negara ini," katanya.

Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, kuota haji untuk jemaah haji negara ini dikurangkan menjadi 22,000 memandangkan kerja-kerja pembangunan masih dijalankan di kota suci Mekah.

Katanya, kerajaan akan terus memohon dan merayu untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 dengan Arab Saudi bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini.

"Saya akan berangkat ke Jeddah Rabu ini untuk menghadiri mesyuarat khas mengenai persiapan haji musim akan datang dan kemukakan rayuan untuk menambah kuota jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.