saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/03/2014

Pelancong lawat Perak Man meningkat

Dr. Zurina Majid (kiri) memberi penerangan ketika mengiringi lawatan Joseph Y.Yun ke Galeri Arkeologi Lenggong Kota Tampan Lenggong, Perak, kelmarin. - UTUSAN/HASHIM P. MAMAT

LENGGONG 4 Mac - Kedatangan pelancong ke Galeri Arkeologi Lenggong Kota Tampan di sini meningkat lebih sekali ganda sejak rangka manusia prasejarah paling lengkap, Manusia Perak atau Perak Man yang asli dipamerkan kepada orang ramai.

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Datuk Dr. Zurina Majid berkata, sebelum ini, jumlah pengunjung hanyalah sekitar 2,000 orang sebulan dan angka itu kini melonjak kepada 5,000 orang.

Katanya, pertambahan mendadak itu adalah berikutan minat masyarakat untuk melihat rangka asli Perak Man yang buat pertama kali dipamerkan di galeri itu bermula 15 Februari lalu selepas 24 tahun ditemui di sini.

"Kepulangan Perak Man yang merupakan artifak sejarah yang amat bernilai ke tempat asalnya sudah lama dinanti-nantikan dan wajar menjadi kebanggaan penduduk setempat.

"Masyarakat di sini perlulah bersama-sama menjaga dan menghargai warisan sejarah ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi lawatan Duta Amerika Syarikat ke negara ini, Joseph Y.Yun ke galeri berkenaan semalam.

Yang turut hadir, Ketua Zon Tengah Jabatan Warisan Negara, Mohd. Syahrin Abdullah.

Perak Man merupakan rangka manusia prasejarah paling lengkap yang dianggarkan berusia 10,000 tahun.

Dalam pada itu, Zurina menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki atau mengambil barangan yang terdapat di dalam kawasan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong yang merangkumi kawasan seluas 1,800 hektar.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan artifak sejarah yang mungkin terdapat di kawasan berkenaan tidak rosak atau hilang.

Katanya, Lembah Lenggong yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO) perlu terus dipelihara sebagai warisan berharga negara.

"Tapak bersejarah ini tidak lagi dapat dipromosikan jika nilai warisannya hilang atau dibinasakan oleh tangan-tangan yang tidak menghargainya," katanya.

"Sebagai usaha melindungi Lembah Lenggong, beberapa tempat terutama Gua Gunung Runtuh iaitu lokasi penemuan rangka Perak Man telah dipasang pagar, dikawal 24 jam dan dipasang kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.