saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/03/2014

Zahariz jayakan misi berbasikal ketiga

KHAIRY Jamaluddin meletakkan pita pelekat KBS di beg kepunyaan Zahariz Khuzaimah pada Majlis pelepasan Pengembaraan Solo Berbasikal di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 7 Mac - Kementerian Belia dan Sukan mengiktiraf pengembara berbasikal, Zahariz Khuzaimah sebagai ikon generasi muda atas keberaniannya menjelajah dunia dalam dua siri pengembaraan sebelum ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kekentalan dan keberanian pemuda berusia 34 tahun itu terbukti apabila beliau berjaya menamatkan misi dua siri pengembaraannya itu melibatkan laluan dari China hingga Russia dan di kawasan Artik meliputi negara Iceland, Scotland, Sweden dan Norway.

Beliau berkata, detik-detik serta pengalaman pengembaraannya itu dikongsi dengan semua rakyat Malaysia melalui rancangan 'Dengan basikal Aku Menjelajah-Hidupku Seorang Nomad' yang disiarkan oleh TV AlHijrah.

"Zahariz akan memulakan siri pengembaraannya yang ketiga secara berbasikal dan kali ini beliau akan menjelajah bermula dari Mongolia hingga Sepanyol mengambil masa lebih dua tahun.

"Beliau akan mengembara dari satu sudut benua Asia hingga ke hujung benua Eropah dan ini bukanlah satu perkara yang mudah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siri pengembaraan Zahariz untuk kali ketiga di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Pada majlis itu Khairy turut mengumumkan kementeriannya bersetuju menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada Zahariz bagi menjayakan misi tersebut.

Siri pengembaraan itu juga akan dirakamkan sendiri oleh Zahariz untuk disiarkan dalam rancangan 'Dengan basikal Aku Menjelajah Musim 2-Hidupku Seorang Nomad' di TV AlHijrah.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Jamil Salleh dan Pengurus Hal Ehwal Semasa TV AlHijrah, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin.

Bagi pengembaraan kali ini, Zahariz dijangka mengayuh basikal dengan muatan seberat 60 kilogram sejauh 29,000 kilometer di 19 buah negara dalam tempoh 30 bulan.

Khairy berkata, selain kawasan bandar beliau difahamkan sebahagian besar pengembaraan Zahariz akan melalui laluan sukar serta mencabar seperti gunung-ganang, bukit-bukau, kawasan pedalaman serta kawasan yang tiada penerimaan talian telefon.

"Program seperti ini amat baik sekali kerana boleh memberi kesan besar kepada generasi muda bahawa tiada apa-apa batas untuk kita mencapai cita-cita walaupun hanya dibekalkan dengan basikal serta kemudahan yang amat terhad.

"Saya juga percaya apa yang dilakukan oleh Zahariz ini atas kesedaran bahawa inilah bumi ciptaan Allah S.W.T dan mungkin beliau mendapat banyak inspirasi hasil daripada pengembaraan tersebut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.