saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/03/2014

Pesawat MH370 bawa penumpang 14 warganegara berbeza

SEPANG 8 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Airlines Sistem Bhd. (MAS), Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan terdapat sebanyak 227 penumpang termasuk dua bayi dalam pesawat MH370 yang dilapor hilang di perairan Laut China Selatan pada pukul 2.40 pagi tadi.

Katanya, terdapat sebanyak 14 warganegara berbeza dalam pesawat itu.

"Terdapat sebanyak 12 anak kapal dalam pesawat itu di samping sebanyak 152 dan seorang bayi warganegara China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7) dan Perancis (tiga).

"Pada masa sama, pesawat itu juga membawa sebanyak empat penumpang warganegara Amerika Syarikat termasuk seorang bayi, New Zealand (dua), Ukraine (dua) dan Kanada (dua)," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Sama- Sama di sini hari ini.

Selain itu, katanya, warganegara Rusia, Itali, Taiwan, Belanda dan Austria masing-masing seorang penumpang.

Ahmad Jauhari berkata, pesawat itu dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.

Beliau berkata, Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763. - UTUSAN ONLINE.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.