saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/03/2014

Pesawat hilang tergantung di alam ghaib?

IBRAHIM Mat Zin (kanan) menggunakan dua batang rotan sebagai teropong dan alat jampi untuk mengesan lokasi pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas di KLIA, Sepang, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

SEPANG 10 Mac - Seorang bomoh mendakwa pesawat MH370 yang dilaporkan hilang, tidak terhempas sebaliknya masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.

Bomoh yang dikenali sebagai Mahaguru Ibrahim Mat Zin itu mendakwa pesawat tersebut berada di alam misteri kerana disembunyikan oleh bunian.

Dia yang sudah berpengalaman lebih 50 tahun sebagai bomoh berkata, disebabkan itu, pesawat tersebut tidak dapat dijejaki sehingga sekarang.

"Oleh itu, semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum perlu berdoa agar pesawat yang hilang muncul kembali.

"Kita berharap dengan usaha ini, pesawat itu akan muncul dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu ini," katanya yang datang bersama lima pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Kehadiran bomoh itu di balai ketibaan secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.

Dia melakukan ritual mencari pesawat di ruang legar di situ dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh.

Ketika ritual tersebut dijalankan, dua orang awam dipanggil untuk membantunya bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370.

Ibrahim berkata, segala ilmu dan pengalamannya akan digunakan untuk membantu kerajaan mencari pesawat yang hilang itu.

"Saya juga telah menyuruh 100,000 ahli Silat Gayung menunaikan solat hajat bagi membolehkan pesawat muncul segera.

"Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil dan memudahkan pencarian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.