saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/03/2014

Terdengar bunyi letupan kecil

Alias Salleh (kanan) menunjukkan lokasi dia bersama rakannya mendengar deruman dan letupan kecil semasa malam kehilangan pesawat MH370 ketika ditemui di Kampung Seberang, Marang, Terengganu, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

MARANG 11 Mac - Sekumpulan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa terdengar bunyi kuat yang luar biasa dan diakhiri dengan letupan kecil di perairan berhampiran Pulau Kapas pada malam kejadian pesawat MH370 hilang awal pagi Sabtu lalu.

Menurut mereka, bunyi berdesing seperti deruman enjin pesawat kedengaran selama kira-kira dua minit itu bermula pukul 1.20 pagi.

Salah seorang daripada penduduk itu, Mohd. Yusri Mohd. Yusof, 34, berkata, dia bersama tujuh rakannya sedang berbual selepas pulang dari sebuah kedai makan berdekatan kira-kira pukul 12.45 tengah malam Sabtu lalu.

Menurutnya, semasa leka berbual kira-kira 20 minit kemudian, dia dan rakan-rakan dikejutkan dengan bunyi deruman yang sangat kuat menyebabkan mereka secara spontan melompat dari bangku itu ke atas jalan.

"Saya sangat terkejut sebaik sahaja terdengar bunyi pelik yang sangat kuat itu, ia menderum dan berdesing seperti bunyi enjin kapal terbang.

"Saya tak dapat gambarkan betapa kuat bunyi itu, agaknya berganda lebih kuat daripada bunyi ribut tsunami.

"Ketika itu kami terus bangkit dan melompat ke atas jalan dan bunyi itu diakhiri dengan satu letupan kecil sebelum hilang.

"Pada masa itu juga, kami tertanya-tanya sesama sendiri, apakah bunyi pelik itu, kerana kami tak nampak apa-apa, sama ada objek ataupun cahaya, selepas dua minit, bunyi itu hilang begitu saja," katanya yang merupakan seorang nelayan ketika ditemui di kampung berkenaan di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, keesokannya, dia mengesyaki sesuatu sebaik sahaja mendapat tahu berita yang tersebar luas mengenai kehilangan sebuah pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Berikutan itu, dia dan rakan-rakan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Rakannya, Alias Salleh, 36, pula berkata, dia langsung tidak terfikir yang itu bunyi deruman enjin sebuah pesawat.

"Namun keesokan hari, saya dan rakan-rakan merasakan itu mungkin bunyi pesawat setelah heboh diperkatakan mengenai kehilangan sebuah pesawat MAS," katanya.

Menurutnya, bunyi itu datang dari ruang udara tidak jauh dari tempat mereka berkumpul dan kemudiannya menghala ke sebelah Timur Laut Pulau Kapas sebelum suasana kembali senyap.

Alias memberitahu, jarak tempat mereka berkumpul dengan pantai adalah kira-kira 800 meter.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.