saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/03/2014

Kerajaan kaji pemberian BR1M secara bulanan, suku tahun

IPOH 16 Mac - Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara bulanan atau suku tahunan, supaya wang bantuan itu dapat dimanfaat serta dibelanjakan untuk sepanjang tahun bagi membantu mengurangkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sistem baharu yang berkemungkinan besar akan dilaksanakan itu bagaimanapun masih belum diputuskan oleh Kabinet walaupun perbincangan mengenainya telah diadakan sebelum ini.

"Kita baru tiga tahun melaksanakan BR1M. Kita telah mengadakan makmal dan akan menambah baiknya. Amaun BR1M akan meningkat hasil simpanan daripada rasionalisasi subsidi serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nanti.

"Sama ada pemberian BR1M dibuat secara tahunan, mengikut suku tahunan atau bulanan, itu yang sedang kita kaji," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri temu bual dalam program 'Sana Sini Situ Bersama Menteri Kewangan Kedua' di Perak FM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.