saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/03/2014

Berita semasa kehilangan MH370

WASHINGTON 16 Mac - Abang kepada salah seorang daripada penumpang pesawat MH370 dari Amerika Syarikat (AS), berasa lega dengan berita pesawat MH370 kemungkinan dirampas.

James Wood abang kepada penumpang pesawat MH370 yang dikenali sebagai Philip Wood berkata, berita terbaharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, memberi harapan kepada keluarganya untuk dapat bertemu semula dengan adik mereka.

"Jika mereka (perampas) mahu mencederakan orang lain (penumpang, tindakan itu sudah mereka lakukan sejak awal lagi.

"Tetapi jika (mereka) masih belum berbuat demikian (mencederakan penumpang), sekurang-kurangnya tindakan itu memberi sedikit harapan penumpang (dan anak kapal) masih hidup dan kami berpeluang berjumpa ahli keluarga kami semula," katanya kepada portal berita The Telegraph.

Di BANGKOK, Tentera Laut Thailand, semalam menghentikan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Teluk Siam dan Laut Andaman selepas kerajaan Malaysia memaklumkan misi pencarian akan tertumpu di dua lokasi baharu.

Portal berita Firstpost.com melaporkan, Komander Tentera Laut Thailand, Adm Narong Pipattanasai mengarahkan misi pencarian dihentikan selepas Najib mengesahkan pesawat MH370 itu menukar haluan ke lokasi lain termasuk Kazhakistan dan selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun empat kapal perang tentera laut Thailand, HTMS Pattani, HTMS Tapi, HTMS Songkhla dan HTMS Sattahip diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sekiranya kerajaan Malaysia meminta bantuan untuk mencari MH370 di lokasi lain.

Di NEW DELHI, kerajaan India, hari ini menangguhkan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 selepas kerajaan Malaysia mahu menilai semula operasi itu ekoran mendapat petunjuk kemungkinan pesawat itu dirampas.

Tentera Laut India terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di dua kawasan iaitu di Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan di barat Teluk Bengal.

Jurucakap tentera laut India, Komander Babu berkata, misi mencari ditangguhkan buat sementara dan mungkin disambung semula bergantung kepada permintaan kerajaan Malaysia.

Di SYDNEY, dua pesawat maritim Australia yang menyertai misi mencari pesawat MH370 akan mengalihkan fokus pencarian mereka ke Lautan Hindi, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.