saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/04/2014

Masa semakin suntuk cari MH370

Hishammuddin Tun Hussein menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Rod Smith di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Turut sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan, Azharuddin Abdul Rahman, Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengakui masa semakin suntuk dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi selepas operasi hari ke-23 masih gagal menemui sebarang bukti fizikal sebagaimana diharapkan.

Bagaimanapun Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi memberi jaminan kepada waris penumpang bahawa kerajaan Malaysia akan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk mencari jawaban segala persoalan insiden.

"Satu janji yang Malaysia mampu berikan kepada ahli keluarga penumpang bahawa kami akan teruskan operasi mencari, terus menyiasat perkara yang berkaitan dan kami tidak akan pernah berputus asa untuk mencari jawapan apa yang berlaku kepada MH370," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, komitmen itu tidak pernah berubah dan semalam sahaja, Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang diketuai bekas ketua tentera Australia, Angus Houston, melakukan operasi melibatkan kawasan seluas 254,000 kilometer persegi.

Katanya, sembilan pesawat tentera dan sebuah pesawat komersial iaitu dua buah dari Malaysia, New Zealand dan Jepun serta masing-masing sebuah milik China, Australia, Korea Selatan, Amerika Syarikat telah diterbangkan ke kawasan berkenaan untuk meneruskan pencarian.

Selain itu, beliau menjelaskan, sebanyak 11 buah kapal perang iaitu lapan daripada China serta tiga milik Tentera Laut Australia turut melakukan operasi bagi mengesan objek-objek yang berpotensi untuk dikaitkan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Kapal pertahanan Australia yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam, Towed Pinger Locater (TPL) serta drone penyelam dasar laut, Bluefin-21 (dibekalkan Amerika Syarikat) dijangka tiba di pusat operasi pada Khamis ini untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

"Sabtu lalu, kapal HMAS Success dan Haixun telah menemui lima objek di kawasan carian. Semalam juga, dua pesawat P-3C Orion milik Australia dan Korea Selatan mengesan 10 objek melalui tinjauan visual dan hari ini Haixun menemui beberapa lagi objek berpotensi," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, setakat ini tidak ada sebarangan perbincangan untuk menentukan tempoh masa operasi mencari dan menyelamat sebaliknya beliau menegaskan operasi akan diteruskan sehingga pesawat dan kotak hitam MH370 ditemui.

Mengenai desakan supaya didedahkan transkrip penuh perbualan terakhir antara juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid dengan menara kawalan, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pasukan penyiasat.

"Saya tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa tetapi jika penting untuk rakyat tahu, saya sedia berbincang. Namun sama ada boleh dedahkan atau tidak bergantung kepada pasukan penyiasat tetapi yang penting semua pihak kena sedar bahawa kerajaan telus," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.