saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/04/2014

105 pekerja Hotel Quality Shah Alam hilang kerja

SHAH ALAM 1 April - Selepas PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB), kini sebuah lagi anak syarikat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal mengikut langkah sama dengan menamatkan khidmat kakitangannya.

Kali ini melibatkan sebanyak 105 kakitangan dan pekerja Hotel Quality Shah Alam di sini yang berada di bawah pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad.

Ketua Perhubungan Awam dan Media KPS, Amin Lin Abdullah berkata, tindakan menamatkan khidmat kakitangan dan pekerja terbabit dibuat berikutan penutupan operasi hotel tersebut pada 1 Jun ini selepas mengalami kerugian yang tinggi.

Menurutnya, kesemua pekerja itu menerima surat pemberhentian kerja semalam yang antara kandungannya memaklumkan hari terakhir mereka bertugas adalah pada 31 Mei ini.

"Keputusan perniagaan (ini) yang dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah KPS adalah berpandu kepada prestasi hotel yang tidak memberi pulangan.

"Jumlah pekerja yang terpaksa diberhentikan ialah 105 orang. Setiap pekerja akan menerima pampasan. Jumlah pampasan keseluruhannya lebih daripada RM5 juta," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hotel Quality Shah Alam yang terletak di Seksyen 14 di sini mempunyai 154 bilik termasuk suite selain kemudahan dewan yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa.

KPS merupakan anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Ditanya punca hotel berkenaan mengalami kerugian sehingga terpaksa ditutup, Amin Lin menjelaskan, sektor perhotelan di Shah Alam yang tidak kondusif telah menjejaskan prestasi kewangan Hotel Quality Shah Alam sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, bagi meningkatkan prestasi, pengurusan hotel itu telah cuba melaksanakan beberapa tindakan untuk mengurangkan kos tetapi tidak berkesan.

"Dengan terlaksana perancangan untuk membangunkan semula Plaza Perangsang yang berusia 26 tahun dan mengenakan kadar sewa baharu mengikut kadar pasaran, perniagaan hotel tidak lagi boleh berdaya maju dan akan terus mengalami kerugian yang lebih tinggi berpandu kepada jumlah perniagaan sedia ada," ujarnya.

Beliau menambah, hotel tersebut yang merangkumi tujuh tingkat (dari tingkat 18 hingga 24) dalam bangunan Plaza Perangsang tidak akan dijual kepada mana-mana pihak.

Awal Februari lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikatnya, PHSB memecat kira-kira 30 kakitangan kontraknya tanpa sebarang alasan munasabah.

Arahan pemecatan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu mencetuskan polemik di antara kerajaan negeri dengan PKNS sehingga membawa kepada pertukaran serta-merta Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausahanya, Norita Mohd. Sidek ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Tindakan drastik tersebut juga menyebabkan beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali mengkritik Abdul Khalid secara terbuka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:56
Zohor 1:17
Asar 4:40
Maghrib 7:14
Isyak 8:28



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.