saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/04/2014

SukaGuam selar tindakan Ribbeck Law

KUALA LUMPUR 2 April - Tindakan firma guaman Ribbeck Law Chartered (Ribbeck Law) berhubung isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dianggap pramatang dan menyalahi undang-undang ketika negara masih bergelut dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata, mana-mana firma guaman luar negara yang ingin terlibat dalam isu itu hendaklah memahami setiap proses yang perlu dilalui sebelum mengambil tindakan ke peringkat selanjutnya.

Katanya, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan keadilan berkaitan isu berkenaan tidak semestinya melalui proses guaman kerana apa sahaja isu boleh diselesaikan dengan mediasi sepertimana yang dianjurkan dalam sistem guaman.

“Perbuatan Ribbeck Law ini sebenarnya hanya akan mengundang suasana menang kalah dan seterusnya mengganggu proses mediasi yang merupakan alternatif terbaik dalam menyelesaikannya.

“Perkara ini melibatkan ramai pihak termasuk keluarga mangsa yang inginkan penjelasan serta pembelaan, begitu juga dengan pihak MAS yang ingin diberi ruang memberikan penjelasan dan pihak peguam sendiri yang harus bertindak sebagai mediator," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Minggu lalu, firma guaman itu telah menfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois berhubung isu kehilangan pesawat MAS MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Menurut Ribbeck Law, pihaknya mewakili sebahagian keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden tersebut.

Sementara itu, Khairul menyelar tindakan firma guaman tersebut yang keterlaluan kerana operasi mencari dan menyelamat MH370 masih dijalankan sekali gus memberi gambaran mereka seolah-olah tidak prihatin dengan apa yang berlaku.

“Mereka sepatutnya memikirkan kepentingan umum dengan menjaga hati dan perasaan waris bukannya mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada kesedihan keluarga mang­sa," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.