saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/04/2014

Anwar guna media antarabangsa capai kepentingan diri - Khairy

PUTRAJAYA 5 April - Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan media antarabangsa untuk mencapai kepentingan politik peribadi apabila beliau menyatakan Malaysia menyembunyikan sesuatu berhubung kehilangan pesawat MH370.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan tidak masuk akal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencerminkan hasratnya untuk mempolitikkan isu MH370 demi kepentingan peribadi.

Beliau berkata, dakwaan Anwar seperti disiarkan dalam The Telegraph dari United Kingdom adalah tidak adil kepada kerajaan dan juga ahli keluarga penumpang pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.

“Anwar menggambarkan seolah-olah kerajaan Malaysia terlibat (dalam insiden kehilangan MH370) dan lakukan sesuatu untuk me­nyembunyikan keadaan sebenar.

“Kenyataan sedemikian amat tidak adil kepada kerajaan terutamanya pada ketika kita perlu bersatu dan bekerjasama dengan rakan negara lain untuk mencari pesawat MH370," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat ASEAN: Gagasan Komuniti ASEAN di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Anwar dalam temuramah dengan The Telegraph mendakwa kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat kritikal berhubung kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kenyataan tersebut segera mengundang kritikan di media sosial dengan Khairy sendiri turut menggunakan akaun Twitternya untuk membidas Anwar.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, dakwaan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak berasas memandangkan Malaysia bekerjasama dengan pelbagai badan dunia termasuk agensi perisikan antarabangsa untuk menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

“Anwar membuat tuduhan kononnya kerajaan menyembunyikan fakta, padahal kita bekerjasama dengan negara asing sejak hari pertama lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, bentuk kerjasama negara-negara Asia Tenggara yang dikenali sebagai Cara ASEAN (ASEAN Way) bukan sesuatu yang lapuk tetapi mempunyai kejayaan yang terbukti.

“Cara ASEAN ini berasaskan prinsip hormat sesama negara anggota supaya keharmonian dalam rantau ini dapat dikekalkan.

“Walaupun masing-masing mempunyai struktur politik dan latar belakang yang berbeza, tetapi pendekatan ASEAN berjaya mengelakkan konfrontasi dan perang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.