saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/04/2014

Audit: Projek Empangan Paya Peda lewat 18 peratus

KUALA LUMPUR 7 April - Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan prestasi pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

Menurut laporan yang dibentang di Dewan Rakyat di sini hari ini, kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor menepati terma kontrak.

Audit yang dilakukan mengesan beberapa kelemahan antaranya pemilihan kontraktor tidak berkelayakan/berpengalaman selain penggunaan bilangan jentera yang kurang daripada yang ditetapkan, demikian menurut laporan itu.

Pihak terbabit juga gagal menubuhkan Emergency Response Team, kata laporan itu lagi.

Sehubungan itu Ketua Audit Negara mengesyorkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kewangan melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memastikan asas pemilihan kontraktor dibuat secara komprehensif dari segi kewibawaan, kelayakan, keupayaan dan pengalaman. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.