saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/04/2014

Dr. M sokong Jokowi Presiden Indonesia

DR. MAHATHIR Mohamad bersama Megawati Sukarnoputeri (tiga dari kanan), Jokowi (tiga dari kiri), Zahrain Mohamed Hashim (kanan), Maharani (empat dari kanan) dan Zulkifli Noordin pada pertemuan di kediaman peribadi Megawati di Menteng, Jakarta, Indonesia, semalam.

JAKARTA 14 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendoakan bakal calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo atau Jokowi akan menjadi Presiden Indonesia ketujuh dalam Pemilihan Umum (Pemilu) pada 9 Julai ini.

"Saya doakan Bapak Jokowi menjadi presiden berikutnya," kata Dr. Mahathir kepada Jokowi sebelum meninggalkan kediaman Ketua Umum PDI-P, Megawati Sukarnoputeri di sini hari ini.

Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu, Jokowi yang juga Gabenor Jakarta mengaminkan doa yang dipanjatkan Dr. Mahathir.

“Amin, amin…" kata Jokowi sambil tersenyum kepada wartawan.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang akan menamatkan pentadbirannya pada Oktober ini juga secara terbuka menyokong Jokowi dari PDI-P sebagai penggantinya dan menggesa rakyat Indonesia memberi peluang kepada beliau.

Jokowi merupakan calon Presiden Indonesia yang sangat popular berbanding calon-calon lain yang mewakili pelbagai parti politik lain di negara ini.

Pada Pemilu pusingan Parlimen yang berlangsung 9 April lalu, parti PDI-P berada di kedudukan teratas menerusi pengiraan awal yang dibuat oleh pelbagai lembaga kaji selidik.

Dr. Mahathir yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun menjadi tumpuan media Indonesia yang ingin mendapatkan pandangan dan buah fikiran beliau mengenai landskap politik negara itu.

Beliau yang diringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berada di sini untuk lawatan selama dua hari berkata, beliau juga akan terus bersahabat dengan sesiapa sahaja yang akan menjadi Presiden Indonesia.

“Siapa juga yang akan jadi presiden akan menjadi sahabat (saya) kalau dia terima persahabatan saya," kata Dr. Mahathir pada sidang akhbar dalam satu acara berasingan.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan Malaysia akan terus menjalin hubungan yang baik dengan mana-mana presiden baharu yang akan memimpin Indonesia.

"Saya harap siapa juga yang akan dipilih menjadi presiden (sudah tentu juga kalau Jokowi dipilih), Malaysia akan mengadakan ada hubungan yang baik dengan presiden yang baharu," kata beliau lagi.

Mengulas pertemuannya dengan Megawati pula, Dr. Mahathir menyifatkan kunjungan hormat beliau ke atas bekas Presiden Indonesia kelima itu sebagai pertemuan dua sahabat lama untuk bertanya khabar dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa antarabangsa.

Menurut Dr. Mahathir berkata, hubungan beliau dengan Megawati sudah lama terjalin ketika kedua-duanya masih menjadi ketua negara masing-masing.

“Saya gembira melihat dia (Megawati) sihat dan saya harap persahabatan juga dicerminkan oleh dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia," katanya lagi.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, anak perempuan Megawati, Maharani yang juga pemimpin kanan PDI-P dan bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.