saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/04/2014

RTC Al-Muktafi Billah beroperasi sepenuhnya hujung tahun

DUNGUN 17 April - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini yang dijangka beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini bakal memberi kemudahan kepada lebih 700,000 penduduk sekitar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek menaik taraf RTC itu dengan kos RM8 juta bagi meningkatkan tahap perkhidmatan di situ dan bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.Ia dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jun ini.

Mohd Shafie yakin kewujudan RTC melalui operasi yang berkesan akan dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat kepada usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurutnya, RTC turut berperanan membantu menyediakan program bimbingan, latihan, keusahawanan dan peluang pekerjaan selain meningkatkan pendapatan penduduk.

"Hasil lawatan ini, saya berpuas hati dengan tahap kemajuan pembangunannya dan saya yakin ia dapat memberi maklumat dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,'' ujar beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan program 1Ukhuwah 1Misi dan 1Organisasi anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Muhamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud.

Program bertemakan Harmoni dan Selesa itu disertai kira-kira 1,000 orang warga Ketengah dan anak-anak syarikatnya.

Mohd. Shafie juga percaya pusat kemudahan itu dapat memberi pulangan pendapatan berjuta ringgit melalui kegiatan bersepadu seperti diperoleh RTC lain di Perak dan Kelantan.

Sebagai contoh jelas beliau, hasil daripada RTC, ada pekebun di Perak yang mampu meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan.

Mengenai program 1Ukhuwah 1Misi dan 1Organisasi yang pertama kali dianjurkan itu, beliau menyifatkannya sebagai satu langkah dan pendekatan berkesan dalam usaha membentuk gerak kerja sebagai satu pasukan selain mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

Beliau berharap usaha murni itu diteruskan bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat setempat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.