saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/04/2014

RTC lahirkan 617 usahawan di Kelantan

Mustapa Mohamed bersalaman dengan peserta yang menyertai Simposium Usahawan Malaysian Industrial Development Finance Bhd., sempena MSAM di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 26 April - Pembukaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong berjaya mewujudkan 617 usahawan tahun ini dengan nilai jualan dijangka mencecah RM240 juta berbanding 405 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM150 juta bagi tahun sebelumnya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek berimpak besar di Kelantan itu yang menelan kos berjumlah RM140 juta menjadi pemangkin kepada peningkatan budaya keusahawanan di Kelantan.

Katanya, projek tersebut memberi kesan positif dengan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan kepada penduduk sama ada sebagai peniaga makanan, buah-buahan atau menjadi pemborong.

"Ini sekali gus dapat mengelakkan migrasi penduduk Kelantan ke negeri-negeri lain terutama bagi kalangan generasi muda. Sebelum ini, masyarakat di negeri ini telah melalui tiga fasa migrasi yang mana dianggarkan 40,000 orang telah berhijrah ke Singapura untuk bekerja sebagai buruh binaan," katanya demikian ketika merasmikan Simposium Usahawan Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd. Najib Abdullah.

Simposium kali kelapan itu dianjurkan MIDF dengan kerjasama PNB sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) sejak 2007.

Seramai 500 peserta yang menghadiri simposium itu berpeluang berkongsi kisah kejayaan dengan ahli panel yang juga tokoh-tokoh usahawan berjaya, antaranya pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor; pemilik Pasar Raya Borong Sakan Sdn. Bhd., Datuk Che Umar Yatim dan Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md. Radzi.

Terdahulu sebelum majlis tersebut, Mustapa menyampaikan bantuan tiga buah komputer dan projektor LCD kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli yang disumbangkan PNB dan syarikat pelaburannya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) di bawah Program Bersama Kumpulan PNB.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, usaha melahirkan usahawan yang berdaya saing perlu dipupuk daripada peringkat sekolah supaya ia bukan sahaja menjadi kerjaya pilihan tetapi mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Dalam tempoh enam tahun lagi, kita perlu lahirkan usahawan yang mampu bersaing di peringkat global bukan saja di kampung tetapi bersaing antara negeri sehingga antarabangsa," katanya.

Bercakap tentang pencapaian MSAM kali ini, Mustapa berkata, sehingga hari ini telah mencatat 150,000 pengunjung dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga hari penutup.

"Pencapaian ini secara tidak langsung menjadikan MSAM sebagai acara terbesar di Kelantan dan mampu mendorong masyarakatnya melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.