saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/05/2014

Sasar ambil 15,000 pegawai bomba bantuan

SEBAHAGIAN orang ramai yang menyaksikan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/Nasirru ddin Yazid

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kerajaan menyasarkan pengambilan sebanyak 15,000 pegawai bomba bantuan di seluruh negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pengambilan itu akan menjadikan nisbah seorang anggota bomba bagi setiap 1,000 penduduk berbanding seorang anggota bomba bagi setiap 2,500 penduduk sekarang.

Menurut beliau, pada masa ini terdapat 12,000 anggota bomba berkhidmat secara tetap di samping 12,000 anggota bomba sukarela di seluruh negara.

“Kita tidak dapat menubuhkan balai bomba dan penyelamat di setiap bandar kecil di Malaysia ini.

“Jadi, kewujudan pegawai bomba bantuan akan menjadi pelengkap kepada anggota-anggota bomba yang berkhidmat secara tetap dalam operasi menyelamat dan memadam kebakaran," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd. Sadique; Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Arpah Abdul Razak dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Perasmian majlis sambutan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abdul Rahman menambah, kelulusan untuk menubuhkan pasukan pegawai bomba bantuan diperoleh daripada Pejabat Peguam Negara baru-baru ini dan butiran lanjut tentang pelaksanaannya sedang diperhalusi.

Sementara itu, Wan Mohd. Nor berkata, setiap pegawai bomba bantuan akan menerima elaun sebanyak RM6 sejam, menyamai kadar yang ditetapkan bagi anggota bantuan lain dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Askar Wataniah.

Jelas beliau, pegawai bomba bantuan perlu menjalani latihan intensif selama dua minggu sebelum dikehendaki mengikuti latihan susulan selama dua jam setiap minggu.

“Bagi yang mempunyai pekerjaan tetap, mereka boleh memohon pelepasan daripada majikan apabila dipanggil bertugas," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah memberitahu, parti-parti komponen BN di negeri itu akan berbincang lebih mendalam tentang rang undang-undang persendirian berhubung hukum hudud yang bakal dibentangkan Pas di Dewan Rakyat.

“BN Sabah akan memberi maklum balas setelah rang undang-undang persendirian itu dijelaskan. Sekarang kita tidak tahu apa kandungan rang-undang persendirian yang akan dibentangkan Pas dalam sidang Dewan Rakyat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.