saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/05/2014

Tender Lebuh Raya Rakyat di Kelantan milik Kelkon

AHMAD Yakob (kanan) menyampaikan surat tawaran tender Lebuh Raya Rakyat kepada Wan Ismail Wan Jusoh dalam majlis kesyukuran di Kota Bharu, Kelantan, semalam.- UTUSAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU 6 Mei - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengumumkan pemberian tender pembinaan projek Lebuh Raya Rakyat laluan Machang ke Kuala Krai bernilai RM854 juta kepada Kelkon (Kelkon) Sdn. Bhd,. iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan laluan empat lorong dua hala sepanjang 30.5 kilometer, lapan buah jambatan, empat persimpangan bertingkat serta dua kawasan rehat dan rawat.

Katanya, projek itu bakal bermula di atas tanah milik kerajaan negeri seluas 82.77 hektar yang terletak berhampiran Bukit Bakar, Machang bulan depan dan dijadual siap dalam tempoh tiga tahun setengah.

“Kos sebenar projek ini adalah RM570 juta namun bertambah menjadi RM854 juta kerana kos kewangan memandangkan bayaran dibuat secara tertangguh.

“Syarikat Kelkon akan dibayar buat pertama kali sebanyak RM50 juta sebaik sahaja projek ini siap pada 2017 dan selepas itu, dia akan dibayar sebanyak RM134 juta setahun selama enam tahun berturut-turut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Merakyatkan Membangun Bersama Islam di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Majlis tersebut disusuli dengan jamuan rakyat yang bertujuan meraikan genap setahun Kerajaan Pas Kelantan diterajui Ahmad selaku Menteri Besar.

Turut diadakan adalah penyampaian surat tawaran tender projek Lebuh Raya Rakyat laluan Machang ke Kuala Krai kepada Pengerusi Kelkon, Wan Ismail Wan Jusoh.

Kelkon akan melaksanakan projek tersebut secara usaha sama dengan Afiqah Wira Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, kutipan derma pelbagai pihak termasuk orang ramai kepada Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat kini telah mencecah RM3.1 juta.

“Kerajaan negeri merancang untuk membina salah satu jambatan di lebuh raya tersebut menggunakan wang sumbangan orang ramai dan menamakannya sebagai Jambatan Rakyat atau nama lain yang kita fikir bersesuaian," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas belum memutuskan nama Ahli Parlimen yang bakal memikul tanggungjawab membentangkan usul rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.