saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/05/2014

Ramkarpal calon PRK Parlimen Bukit Gelugor

PULAU PINANG 10 Mei - Seperti diduga, Ramkarpal Singh, anak ketiga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh diumumkan sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini.

Pencalonan Ramkarpal, 38, yang juga seorang peguam diumumkan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng serentak dengan pelancaran pusat operasi parti itu sempena PRK berkenaan di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Dengan pencalonan itu, Ramkarpal meneruskan legasi politik bapanya serta mengikuti jejak dua lagi abangnya terlibat dalam arena politik.

Selain Karpal yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor, anak sulungnya Jagdeep Singh Deo merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat manakala anak keduanya, Gobind Singh Deo ialah Ahli Parlimen Puchong. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.