saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/05/2014

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah buka tirai pementasan

PERSEMBAHAN teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang di lakonkan oleh Nasha Aziz dan Adi Putra. Turut dibantu Fizo Omar, Liza Aziz, Yasmin Hani, Elfira Loy, Dafi dan beberapa lagi artis ternama di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam semalam. - MINGGUAN/SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 10 Mei - Teater Di Bawah Lindungan Kaabah membuka tirai persembahannya di Panggung Sari, Istana Budaya di sini malam ini.

Diangkat daripada novel karya penulis dan ulama terkenal, Allahyarham Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Prof. Hamka, teater berkenaan ditonton kira-kira 1,000 orang pada malam pertama pementasannya.

Naskhah teater lakonan Adi Putra, Nasha Aziz, Ahmad Zahid Baharudin, Fizo Omar, Elfira Loy, Yasmin Hani, Dafi Ismail, Dayana Roza, Liza Abdullah, Taufiq Izmir dan ramai lagi itu diarah dan ditulis oleh Rosminah Tahir.

Pementasan teater yang bermula malam semalam hingga 18 Mei ini adalah terbitan Istana Budaya dan CTRA Production.

Karya penulis Minangkabau itu juga pernah difilemkan pada 1978 dan 2011, sekali gus mencipta sejarah sebagai filem paling mahal dihasilkan di Indonesia dengan kos RM9.3 juta.

Di Bawah Lindungan Kaabah mengisahkan seorang pemuda bernama Hamid yang dilahirkan sebagai manusia yang baik, bersopan-santun, patuh kepada ibu dan tidak pernah meninggalkan suruhan Allah S.W.T sejak kecil.

Dia dibesarkan dalam kehidupan yang susah, menumpang kasih dan ilmu agama dari Engku Hj. Jaafar dan Mak Asiah serta membesar bersama anak mereka bernama Zainab.

Setelah remaja, Hamid dan Zainab menyimpan perasaan kasih sayang antara mereka tetapi hanya tersimpan dalam hati.

Hamid yang cuba menyingkirkan perasaan itu kerana telah menganggap Zainab sebagai adik sendiri, membawa diri mengembara hinggalah ke Tanah Suci Mekah.

Ketika di tanah haram itulah, banyak perkhabaran sedih diterima melalui sahabat baiknya, Salleh dan isterinya Rosnah.

Hamid sendiri meninggal dunia sebaik sahaja selesai mengerjakan haji pada usia 34 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.